Dapur

Resipi KERABU BUAH BEKA Yang Enak, Susah Nak Jumpa Jadi Wajib Cuba!

22
SHARES
kerabu buah beka

Nama beka digunakan di negeri Kelantan dan Pattani. Selain itu, di beberapa kawasan lain buah ini dipanggil bekak kampung atau bongloi. Buahnya yang masih muda boleh dibuat kerabu dan ini resipi Kerabu Buah Beka, perkongsian daripada Zawin Shaa untuk anda semua mencubanya.

Baca juga: Tips Perah Kelapa Parut Dimesin Sendiri, Hasilnya Santan Banyak & Pekat!

KERABU BUAH BEKA

kerabu buah beka

Gambar: Zawin Shaa

Khabarnya, buah beka ini sukar ditemui di pasar dan kebiasaannya ia berada di kawasan kampung-kampung yang pedalaman sahaja. Jadi, sekiranya anda menjumpai buah ini bolehlah cuba resipi Kerabu Buah Beka di bawah!

Ramai yang minta resipinya. Ini resipi Kerabu Beka cara emak saya.

Baca juga: Resepi 10 Air Asam Pelbagai Cita Rasa, ‘Hantu’ Pencicah Kena Cuba Pasti Suka!

Bahan utama:

  • Beka muda

Bahan B:

  • Serai
  • Lengkuas
  • Cili padi
  • Belacan
  • Garam
  • Kerisik
  • Bawang merah
  • Pati santan

Bahan C:

  • Perut lembu (rebus hingga lembut dan dipotong, lagi sedap perut muda)
  • Pucuk paku (dicelur)
  • Bunga kantan (dihiris)
  • Daun kesum (dihiris)
  • Bawang merah
  • Kerisik (goreng sendiri lagi sedap)
  • Limau nipis

Baca juga: Rahsia AYAM GORENG KUNYIT Luar Rangup Tapi Dalamnya ‘Juicy’, Lazat Tak Terkata!

kerabu buah beka

Gambar: Zawin Shaa

  1. Beka muda direbus  atau dibakar. Boleh potong ikut dalam gambar.
  2. Ambil bawang merah dengan pati santan dan tumbuk atau kisar.
  3. Kemudian, bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi gaulkan sebati bersama bahan B.
  4. Masukkan pula bahan C dan perahkan limau nipis.
  5. Gaul hingga sebati lagi sekali dan siap!

Bismillah dan cubalah. Terima kasih.

kerabu beka

Gambar: Buah beka – Zawin Shaa

Baca juga: Resepi Nasi Beriani TELUR, Kena Guna Perencah Ini ‘Confirm’ Makan Bertambah!

Sumber: Zawin Shaa

FT Image: Zawin Shaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×