Asuh

Doktor Pesan Jangan Berlengah Jika Anak Terhantuk, Wajib Tahu 10 Tanda Kecederaan Kepala Yang Serius

5
SHARES

Memang terhenti sekejap jantung kita pabila terdengar bunyi hantukan dan tangisan anak yang tadinya seronok bermain. Kemudian, nampak pula kesan kebiruan yang makin merisaukan.

Sebagai ibu bapa, perkara seperti ini memang biasa berlaku terutamanya ketika anak sedang lasak. Maka, kita perlu mengetahui tanda bahaya dan apa yang sepatutnya dilakukan jika berada dalam keadaan sebegini. Jangan dibiarkan lama seperti kisah yang dikongsikan oleh doktor ini.

ANAK JATUH, MUNTAH TAK BERHENTI-HENTI

Tergamam kejap bila kawan saya beritahu rupanya memang confirm ada pendarahan kat dalam otak adik tu. Baru-baru ni saya ada jumpa seorang pesakit kanak-kanak ni. Lebih kurang sebaya je umurnya dengan Maryam Nafisah, anak saya yang nombor dua tu.

Ayahnya bawa ke hospital petang tersebut sebab anaknya tak berhenti muntah sejak pagi hari. Bila saya selidik lebih lanjut, rupanya si kecil tu terjatuh waktu bermain dengan abangnya pada malam hari sebelum tu. Ayahnya cerita, kuat sungguh bunyi dentuman masa dia jatuh sebab kepalanya terhantuk tepat kena pada lantai simen kat rumah. Mulanya dia menangislah jugak tapi lepas tu okay dan boleh terus berlari-lari macam tak ada apa-apa.

Cuma pagi esoknya, sejak terbangun dari tidur, budak tu asyik muntah je dan nampak tak bermaya. Agaknya sebab tak kelihatan tanda-tanda nak pulih, ayahnya terus bergegas bawa ke hospital. Sebaik saja dengar kisah si ayah tu, hati saya memang dah rasa tak sedap. Cepat-cepat order untuk buat pemeriksaan CT brain (scan otak). Risau betul kalau ada pendarahan kat organ penting tu (intracranial bleed).

Saya pesan kat kawan saya yang follow budak tu masa scan. Tengokkan dia baik-baik sebab kemungkinan besar kecederaannya serius. Rupanya memang tepat sangkaan saya. Segera kami rujukkan si kecil tu kepada kawan kami di jabatan pembedahan selepas melihat keputusan scan tadi tu. Mujurlah ayahnya cepat bawa anak tu ke hospital lalu penyiasatan dan rawatan dapat diberikan segera.

TANDA-TANDA KECEDERAAN KEPALA YANG SERIUS

Tolong ya kawan-kawan. Jika si kecil kita tu kepalanya terhantuk dan kemudian ada tanda-tanda bahaya seperti dibawah ni, jangan bertangguh. Terus je bawa ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan detail ya. Ilmu tentang kecederaan kepala ni penting sangat-sangat untuk kita. Tolong #share dengan ahli keluarga kita yang lain jugak tau.

1.Asyik muntah-muntah berterusan.

2.Sawan

3.Pengsan

4.Si kecil jadi teramat mengantuk sangat, macam orang yang tak sedarkan diri.

5. Kepala ada benjolan yang besar.

6.Luka yang dalam di bahagian tercedera sampai darah meleleh-leleh.

7. Ada bahagian anggota badan jadi lemah secara tiba-tiba.

8. Ada cairan atau darah keluar dari hidung atau telinga anak.

9. Mengadu sakit kepala yang berpanjangan.

10.Si kecil beritahu pandangan mata kabur.

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×