Famili

Kenapa Universiti Di KL Ini Jadi Pilihan? Yang Penting Anak Tak ‘Tanam Anggur’ Lepas Graduasi Kan?

7.5K
SHARES

“Anak kau yang dah habis belajar ni, tak kerja lagi ke?”

Siapa tak rimas dengan soalan macam ni. Rimas pun ya, risau pun ya. Memang tidak dinafikan, sekarang masih ramai yang menganggur lepas tamat pengajian di universiti mahupun di kolej. Nak dapat kerja kosong, memang susah. Hurm.

Jika anak anda lepasan SPM, anda pasti risaukan masa depan mereka. Yalah, mereka kena pilih tempat sambung belajar yang betul. Salah pilih, menganggur di kemudian hari. Tak mahu la begitu! Jadi, mana tempat sambung belajar terbaik untuk jaminan masa depan anak?

IUMW jadi pilihan sebagai tempat sambung belajar terbaik

pelajar konvokesyen iumw

Pernah dengar tentang International University of Malaya-Wales (IUMW)? Universiti ini merupakan kerjasama antara Universiti Malaya, Malaysia dan University of Wales, UK. Gabungan dua universiti terkemuka, bukan biasa-biasa!

Selain itu, IUMW merupakan universiti pertama di Asia Tenggara yang diterima sebagai ahli Higher Education Academy (HEA), iaitu sebuah badan British yang terkenal dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan tinggi. Semua program yang ditawarkan diiktiraf oleh MQA tau. Memang hebat!

landskap iumw

Haa, nak beritahu ni. Paling syok, jarak dari pusat bandar KL dengan IUMW ni dekat saja. Akses ke pengangkutan awam seperti bas, LRT dan KTM juga ada. Tak perlu risau kalau anak anda berasa bosan pada hujung minggu. Boleh ke KL saja. Yay!

Kebanyakan bidang di IUMW memenuhi permintaan industri di Malaysia

pelajar di iumw

Pendidikan di IUMW memang terbaik dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Di sini, banyak bidang yang berkait rapat dengan industri. Jadi, peluang untuk dapat pekerjaan selepas tamat pengajian tu amat tinggi. Memang berbaloi.

Untuk pengetahuan anda, 94% daripada graduan di IUMW telah bekerja atau mendaftar dalam program akademik lain (Kajian Pengesanan Siswazah, KPT). Bukan setahun, tapi dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian tau. Sekejap saja dah boleh dapat kerja atau sambung master.

pelajar di iumw

Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China. Pernah dengar? Begitulah di IUMW. Jika belajar di sini, anak anda seperti belajar seumur hidup. Pengetahuan, kemahiran, keyakinan, semuanya diberikan di IUMW untuk anak anda berjaya dalam negara dan antarabangsa.

pelajar konvokesyen iumw

Antara syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan untuk graduan IUMW ialah Hospital Pakar Avisena, BDO, BIZTRAK, Frost & Sullivan, Gleneagles, Media Prima, Siemens, Alice Smith School, dan Tourism Malaysia. Syarikat besar juga ni. Bila anak anda tamat pengajian di IUMW, bolehlah cuba mohon di syarikat-syarikat tersebut okay?

Renungkan kata-kata semangat oleh Canselor IUMW ini

pelajar bersama canselor iumw

Untuk makluman, Canselor IUMW, Tan Sri Dr Tony Fernandes baru-baru ini mengatakan yang pendidikan di abad ke-21 banyak berkaitan teknologi digital. Maklumlah sekarang pun dah zaman teknologi. Betul sangat dah tu. Anda pun pasti tak mahu anak anda ketinggalan bukan?

Di IUMW, program yang ditawarkan adalah multi-mode dan dicampur. Dunia pun semakin mencabar dengan persaingan. Anak-anak perlu mahir pemikiran kritikal, kreatif dan komunikasi. Sebab itu universiti ini jadi pilihan tepat untuk anak-anak anda sambung belajar. Bagusnya!

canselor iumw beri ucapan

Believe the unbelievable, dream the impossible and never take no for an answer

– Tan Sri Dr Tony Fernandes, Canselor IUMW –

Bolehlah beritahu kata-kata semangat dari Canselor IUMW ni kepada anak-anak anda. Tak kisah pun kalau anak anda nanti bekerja di sektor awam, swasta atau pendidikan, malahan berniat untuk menjadi seorang majikan sekalipun. Paling penting, kena yakin pada diri sendiri!

pelajar iumw

Jadi, macam mana? Dah terfikir untuk hantar anak anda sambung belajar di IUMW? Ibu bapa mesti menginginkan yang terbaik untuk anak-anak. Kalau boleh, lepas mereka tamat pengajian, terus dapat kerja. Hidup anda pun senang lepas ni. Hehe.

Jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda ke Hari Terbuka IUMW. Ia akan diadakan bermula 29 hingga 31 Mac 2019 dan 12 hingga 14 April 2019, jam 10 pagi hingga 5 petang. Take note tarikh ni ya. Kalau terlepas, memang rugi.

hari terbuka iumw

Untuk info lebih lanjut, anda boleh layari iumw.edu.my. Boleh juga hantar e-mel di [email protected], atau terus hubungi 03-2617 3131 untuk sebarang pertanyaan.

Masa depan anak-anak anda akan lebih terjamin kalau mereka sambung belajar di IUMW. Jangan lupa datang ke Hari Terbuka IUMW. Semoga tiada istilah ‘tanam anggur’ dalam hidup anak-anak ya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×