Didik

Kenapa Nak Kena Selalu Bandingkan Anak? Ini 8 Tips Untuk Ibubapa Jadi Lebih Positif

102
SHARES

Mak ayah mana yang tak pernah mengalami dan berhadapan dengan situasi anak-anak menjerit dan berlari-lari di dalam kedai atau pusat membeli-belah kan? Tetapi ada juga dalam kalangan ibubapa yang beranggapan bahawa anak mereka tidak seperti anak orang lain yang katanya lebih beradab dari anak mereka sendiri. Penting untuk anda tidak membandingkan anak sendiri dengan orang lain kerana mereka mempunyai keistimewaan tersendiri.

“UNTUNGLAH ANAK TAK BUAT PERANGAI”

Tadi someone DMed me on instagram and said,  “Untung la dapat anak macam Haikal. Handsome, bijak, tak banyak ragam. Mesti awak tak pernah experience malu kat tempat awam sebab anak tak buat perangai, kan?”

Hmm. Nak tergelak pun ada baca mesej macam ni. Sebab terkenangkan baru tadi saya dimalukan. Masa singgah kat petronas tadi, saya sengaja biarkan Haikal “explore kedai” sementara saya pilih air tin. Baru je nak capai Nescafe, tiba-tiba “Mamaaaaa!!! Nak berak!” Dan semua orang memandang.

Ikutkan hati, nak je buat-buat tak kenal. Tapi sebab Haikal obvious gila berlari ke arah saya, memang tak boleh nak buat apa la hahaha. Dan masa bayar kat kaunter, sempat mamat cashier tu mengusik– “Dik, lepas berak kang jangan lupa pam ok?” Hmm. Sabarlah sabariah. Dan of course itu bukan pertama kali saya “dimalukan”.

MAK AYAH MANA TAK PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN MACAM INI…

I mean, kamonnn mak bapak mana yang tak pernah experience anak berguling-guling kat lantai pasaraya sebab nak mainan, anak terkencing kat kedai makan, anak terjatuhkan barang-barang kat rak kedai, anak main baling-baling makanan lalu termelepek kat muka orang, anak meraung-raung masa orang tengah solat berjemaah.

mehele.ohtuleht.ee

Kita semua pernah melalui, kan? Kalau tak pernah, kau tunggu. Masa mu akan tiba. Kita semua tahu, seindah mana pun hidup yang dipertontonkan di social media, hakikatnya tetap life is all about struggling. And parenthood is full of challenges. Kan siang-siang lagi Allah dah beritahu dalam surah At-Taghabun; anak itu nikmat dan UJIAN. So once kau beranak je, bersiap sedialah untuk diuji oleh manusia kecil itu.

And talking about Haikal, dia ni sebenarnya budak biasa je. Ada ragamnya juga. Dan saya, pun ibu biasa. Yang selalu jugak bertukar hijau. And to be honest, kalau nak dibandingkan dengan anak2 orang lain, Haikal masih banyak kekurangan. And that is why– saya sentiasa pilih untuk tidak membandingkan. Saya pilih untuk raikan apa saje yg indah pada dia. I just follow his pace, without comparing it to anyone else’s– including mine when i was at his age.

Saya percaya, if we keep comparing ourselves (or our child) to others– we will never win. We will never feel enough. Sebab sehebat mana pun kita (atau anak kita), pasti akan ada orang lain yang lebih hebat. Tapi kalau kita fokus pada diri sendiri,
fokus untuk kalahkan diri yang semalam, setiap hari kita akan menang. By the way, saya nak kongsi sikit some random parenting tips yang saya kutip dari ibu bapa yang jauh lebih berpengalaman, dan save dalam phone sejak sekian lama, sebagai “reminder” setiap kali hubungan saya dengan Haikal renggang. Atau setiap kali saya bertukar hijau.

KENAPA JANGAN BANDINGKAN ANAK DENGAN ANAK ORANG LAIN

www.smartparents.sg

1) Talk good about your kids, always.

Di depan, atau di belakang anak, always talk good about them. Your words are the most “hijab-less” doa in the universe. Walau macam mana setan pun perangai anak kau, jaga aib dia, dan bercakap yang baik2 tentang dia. Jangan sesekali lupa, yang Allah sedang uji sebenarnya bukan anak itu– tetapi kita.

2. Lihat setiap anak sebagai individu unik.

Tanpa dibandingkan dengan sesiapa termasuk adik beradiknya, anak2 jiran, anak2 kawan sepejabat, dan diri kau sendiri.
Sebab dia– adalah unik. Maka biarkan dia unik.

3. Apa pun jadi, jangan lepas tangan, jangan tarik muka.

Kau kenapa nak merajuk lebih-lebih? Pastu anak ikut tabiat kuat merajuk, tahu pulak tak suka. You’re the parent, you set the right example. Apa pun jadi, pandang muka anak, peluk dia, dengar penjelasan dia, dengar apa yang dia rasa. Sebab di saat kita rasa anak tak mahukan kita itulah- sebenarnya dia sangat perlukan kita.

www.directasia.com

4. Jangan terlalu engage dengan social media.

Kajian menunjukkan, ibu bapa yang banyak engagement dengan social media tidak mampu kawal emosi dengan baik dan mudah hilang kewarasan.

5. Live the moment.

Bila anak kat depan mata, lupakan sekejap hal kerja, ketepikan sekejap phone, lupakan sekejap pinggan mangkuk yang bertimbun dalam sinki. Beri ruang untuk diri dan anak untuk saling merasai kehadiran each other.

6. Treat your spouse nicely.

Because that’s how your child will treat you, and their spouse in the future.

www.lds.org

7. Jangan ungkit pengorbanan bila marah anak.

Contohnya, “Mama yang beranakkan kau sampai terburai perut, sekarang kau dengar cakap mama.”
JANGAN. Bukan anak tu yang buat perut kau terburai. Tapi sebab Allah yg nak beri kita rezeki melalui anak itu. Mengungkit pengorbanan adalah seperti kita taknak pun Allah beri rezeki.

8. Stop chasing “performance goals”

(Contoh: aku nak anak aku jadi penghafaz quran tersohor), but start creating “process goals” (contoh: aku nak spend sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk baca Quran bersama anak). Takde siapa pun dalam dunia ni yang beranak-beranak je terus jadi ibu bapa yang sempurna. It’s a learned skill.

*So take your own sweet time to learn, to be the parent yang bukan saja disayangi oleh anak-anak, tapi juga oleh Allah.

Sumber : Adlil Rajiah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×