Asuh

Urutlah 7 Titik Refleksologi Ini Pada Tapak Kaki Anak, Mesti Boleh Kurangkan Anak Menangis

349
SHARES

“Kenapa lah anak aku ni selalu menangis…”

Memang pening kepala setiap kali anak menangis tak berhenti. Kadang-kadang puncanya bukanlah sekadar lapar mahupun mengantuk, malah ada punca lain yang ibu bapa tidak tahu yang menyebabkan si manja kerap menangis. Tahukah anda bahawa, setiap urat saraf di badan kita saling berhubung kait dan ini mampu memberi kelegaan kepada punca anak-anak menangis tersebut?

Berikut merupakan 7 titik refleksologi pada kaki anak yang ibu bapa boleh cuba urut supaya dapat memberikan kelegaan pada tubuh anak-anak. Barulah kurang menangis!

7 TITIK REFLEKSOLOGI PADA KAKI ANAK

1.Kepala dan gigi

Mengurut kedia-dua belah jari kaki sebenarnya amat bermanfaat untuk bayi yang sedang membesar. Urutan di jari kaki juga boleh merangsang perkembangan minda mereka. Kalau selalu nampak si bayi seringkali gigit ibu jari kaki, itu bermakna terdapat pertumbuhan pada gigi mereka.

2.Sinus

Titik di setiap jari kaki mewakili kesakitan sinus atau kesakitan serta alahan yang melibatkan saluran pernafasan seperti hiudng, telingan dan tekak.

3.Dada

Bahagian ini mewakili dada bayi anda. Jika bayi rasa sedikit masalah sesak nafas atau tercungap-cungap, boleh cuba urut di bahagian dada.

Mengurut secara bulatan di dada dapat melegakan batuk bayi buat sementara. Jika batuk berlanjutan, pastikan anda dapatkan nasihat doktor.

4.Solar Plex ( Plexus Solar)

Plexus solar adalah saraf yang tersembunyi di antara perut dan paru-paru. Untuk pengetahuan anda, saraf ini bersambung dengan titik di tengah kaki seperti di dalam gambar.

Menurut pakar kesihatan, sebarang ketidakselesaan yang berkaitan dengan kegelisahan, kekejangan, sesak dan masalah pernafasan berkait rapat dengan kawasan solar plex dan urutan ringan dapat membantu bayi anda.

5.Perut Atas

Mengurut di kawasan ini dapat melegakan bayi anda dari sakit seperti sembelit, pedih ulu hati dan senak. Tetapi, pastikan semasa urut janganlah terlalu keras kerana sekiranya bayi anda sedang mengalami kesakitan kawasan ini akan jadi sangat sensitif.

6.Perut Bawah

Jika bayi anda mengalami kembung perut atau perut banyak gas, kawasan inilah yang anda boleh urut. Kalau anda perhatikan, sekejap sahaja bayi anda akan buang angin.

7.Pelvis

Yang terakhir sekali, tumit kaki disambungkan ke pelvis, pinggul dan perut. Bayi yang sedang membesar biasanya akan mengalami kesakitan dan ketegangan di bahagian pinggul. Gosok di bahagian ini dapat melegakan kesakitan tersebut.

Sumber: RaraKids

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×