Sihat

Bukan Salah Ibu Mengidam, Ini 6 Punca Air Liur Bayi Asyik Meleleh

740
SHARES
air liur bayi meleleh

“Asyik meleleh je air liur budak ni. Sampai basah-basah baju. Ada apa-apa yang tak kena ke? Takkan awal sangat nak tumbuh gigi kot?”

Air liur mempunyai banyak fungsi penting. Ia membantu melekatkan makanan semasa makan agar kita dapat menelan dengan mudah. Di samping itu, ia menghasilkan enzim yang membantu membersihkan mulut serta mencernakan makanan yang kita makan.

Air liur meleleh adalah normal bagi anak kecil, terutamanya mereka yang berusia bawah 4 tahun. Namun, jika terlalu banyak air liur dan kerap meleleh, ia mungkin disebabkan oleh faktor berikut.

6 Punca Air Liur Bayi Meleleh

1. Tumbuh Gigi

Menurut Babycenter, antara simptom awal yang berlaku semasa proses pertumbuhan gigi bayi adalah air liur meleleh yang berlebihan. Sesetengah bayi akan berasa sakit dan tidak selesa sepanjang proses ‘teething’ ini, manakala sesetengah bayi pula hanya melelehkan air liur tanpa berasa sakit.

Apabila gusi mereka berasa gatal atau kurang selesa, bayi juga akan kerap menggigit lalu menyebabkan lebih banyak air liur terhasil. Proses ini lazimnya bermula selama sebulan atau dua bulan sebelum kemunculan gigi tersebut.

tanda bayi tumbuh gigi

Foto Kredit: onlymyhealth.com

2. Persediaan Untuk Mula Makan

Mungkinkah bayi anda berusia hampir 6 bulan? Menurut Parenting.com, bayi anda mungkin sedang bersedia untuk mempersiapkan diri terhadap solid food dengan memproduksikan lebih banyak air liur berbanding biasa.

3. Tindak Balas Terhadap Makanan

Selain itu, air liur berlebihan boleh terhasil sebagai tindak balas terhadap sesetengah makanan mahupun ubat-ubatan tertentu.

ubat batuk bayi

Foto Kredit: Sciencedaily.com

4. Refluks

Bayi yang selalu termuntah dan mungkin mengalami refluks (gastroesophageal reflux) memproduksikan air liur untuk meneutralkan keasidan dalam esofagus serta melembabkan dindingnya.

Menurut Dr Sears, pengeluaran air liur juga penting kerana ia mengandungi bahan penting untuk membantu dinding usus menjadi matang.

Foto Kredit: dehabebekler.com

4. Oral Sensory Seeking Behaviour

Dalam perkembangan kanak-kanak, ‘oral sensory seeking behaviour’  ini merupakan tabiat yang dapat dilihat pada usia anak di bawah 1 tahun.  Disebabkan itu, anak sering memasukkan barang ke dalam mulutnya dengan mengunyah, menggigit, atau mengangakan mulut hingga melelehkan air liur.

Sesetengah kanak-kanak memerlukan stimuli yang berbentuk oral agar dapat fokus dalam sesebuah tugasan. Mereka juga cenderung melelehkan air lir apabila melakukan sebarang aktiviti berbentuk imbangan – seperti menyusun blok, berjalan di atas titi, atau mengimbang bola.

bayi hisap jari

Foto Kredit: quiltingboard.com

5. Jangkitan Pada Mulut

Infeksi pada kelenjar liur atau organ lain di dalam mulut seperti lidah, gusi, mahupun gigi, sama ada disebabkan oleh bakteria mahupun kulat boleh menyebabkan produksi air liur meningkat.

Foto Kredit: vione.ir

6. Lewat Perkembangan

Dalam sesetengah kes, si kecil mungkin masih belum sensitif terhadap isyarat untuk menelan (poor oral sensory awareness), seperti yang dinyatakan dalam Morris & Klein in Pre-Feeding Skills, Second Edition.

Di samping itu, postur mulut yang sentiasa ternganga atau kawalan kepala yang lemah boleh menjadi punca berkumpulnya air liur yang tidak ditelan.

Simptom-simptom ini biasanya dikaitkan dengan masalah perkembangan (developmental delay) yang lazimnya memperlihatkan tanda yang jelas.

Foto Kredit: huffingtonpost.com/

Apa Yang Boleh Anda Lakukan

Selagi bayi anda menunjukkan perkembangan yang normal secara menyeluruh dari segi fizikal dan mental, air liur meleleh bukanlah suatu isu yang perlu anda risaukan.

Namun, pengeluaran air liur yang berlebihan boleh menyebabkan ruam serta kegatalan pada kulit, terutamanya di kawasan berhampiran dengan mulut. Kadangkala, pengumpulan air liur juga boleh membuat bayi tersedak ketika berbaring. Oleh itu, pastikan ibu bapa sentiasa peka dan mengambil langkah lebih berjaga-jaga jika bayi sedang mengalami kondisi ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×