Sihat

7 Petua Berkesan Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Bayi

2.5K
SHARES

“Aduhai, bila masa pula nyamuk-nyamuk ni menyerang Arief. Habis berbekas kena gigit. Eh, yang ni pula besar betul sampai macam bengkak. Kasihan dia. Macam mana nak hilangkan kesan gigitan nyamuk ni ya?”

Di Malaysia, kita memang sukar nak lari daripada nyamuk. Kalau tiada di rumah pun, mesti akan kena juga di kampung atau apabila bersiar-siar di luar.

Jika dibandingkan dengan orang dewasa atau kanak-kanak, kulit bayi lebih mudah menjadi merah, bengkak, dan kadangkala akan bertukar kehitaman dan meninggalkan parut berwarna gelap buat masa yang agak lama. Jadi, bagaimana untuk mengelak dan hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi ini?

Foto Kredit: magistramama.com

Foto Kredit: magistramama.com

7 Petua Berkesan Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Bayi

Berikut adalah petua semulajadi yang selamat untuk digunakan bagi melegakan dan sekaligus hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi.

1. Tuam Air Sejuk / Ais

Kadang-kadang kita akan nampak kulit bayi menjadi bengkak dan kemerahan apabila digigit nyamuk. Apabila disentuh, rasa suam dan panas.

Untuk memberi keselesaan pada bayi, anda boleh tuamkan air sejuk kepada bahagian ini. Caranya, rendamkan kain bersih ke dalam air sejuk dan terapkan buat beberapa ketika. Atau, anda boleh juga memasukkan ketulan ais ke dalam kain dan dibalut beberapa kali agar bayi tidak terkejut dengan rasa sejuk.

Petua ini sangat selamat. Namun, ia tidak digalakkan jika bayi sedang demam atau sakit.

Foto Kredit: ehow.com

Foto Kredit: ehow.com

2. Gel Aloe Vera

Gel aloe vera yang sejuk dan bersifat anti-radang sangat sesuai untuk merawat kegatalan, menyembuhkan luka dan membantu hilangkan kesan gigitan nyamuk.

Caranya, ambil satu tangkai lidah buaya (aloe vera) dan potongkan untuk mengeluarkan gelnya. Oleskan gel ini secara terus pada kesan gigitan nyamuk tersebut.

petua kulit licin

Foto Kredit: livestrong.com

3. Cuka Epal

Oleh kerana sifatnya yang berasid, cuka adalah salah satu bahan yang amat sesuai untuk mengurangkan kegatalan kerana ia boleh bertindak sebagai antiseptik.

Rendamkan bebola kapas dan celupkan sedikit cuka epal yang dilarutkan dengan air suam. Kemudian, sapukan kepada gigitan nyamuk tersebut.

sakit gastrik apple cider

Foto Kredit: popsugar.com.au

4. Madu Asli

Sifatnya yang likat membantu mengurangkan sensasi dan melegakan rasa gatal dengan cepat. Selain itu, madu asli meningkatkan kelembapan kulit secara semulajadi agar dapat hilangkan bekas gigitan serangga yang sering bertukar kehitamanan.

Sapukan madu secara terus pada kulit bayi dan kemudian bersihkan dengan air bersih setelah madu agak mengering. Seeloknya ia dilakukan ketika bayi sedang tidur.

Foto Kredit: estetikbody.ru

Foto Kredit: estetikbody.ru

5. Bawang

Bawang putih dan bawang merah memiliki kandungan anti bakteria yang sangat efektif untuk mengubati luka, termasuklah kesan kemerahan akibat alergi atau gigitan nyamuk.

Caranya mudah, belah bawang merah atau bawang putih, kemudian oleskan pada kulit bayi selama beberapa saat. Jika tiada timbul reaksi, sapukan lagi selama beberapa minit di kawasan yang terkena gigitan tadi dan cuci semula dengan air bersih.

bawang merah mengurangkan kolesterol

Foto Kredit: jurnaldeoas.ro

6. Kulit Pisang

Nampak pelik, bukan? Tapi inilah salah satu kegunaan kulit pisang yang ramai tak tahu. Menurut laman web kesihatan LiveStrong.com, kulit pisang ini juga mempunyai banyak kelebihan lain untuk mencantikkan kulit serta merawat kerengsaan.

Gunakan kulit pisang segar, seeloknya yang baru dibuka. Bahagian dalamnya dipercayai mengandungi bahan anti-radang, melembapkan dan mengurangi rasa gatal. Potongkan beberapa kulit pisang lalu tempelkan bahagian dalamnya pada bekas gigitan nyamuk. Gantikannya jika kulit pisang sudah kurang ‘sejuk’ atau mula berubah warna.

hilangkan kesan gigitan nyamuk

Foto Kredit: diyhealthremedy.com

7. Kulit Kentang

Seperti pisang, anda juga boleh memanfaatkan kulit kentang kerana kentang mengandungi potasium dan vitamin C yang sesuai merawat masalah kulit.

Caranya, kupas sebiji kentang dan gunakan bahagian dalam kulit kentang tersebut.  Bilaskan semula dengan air bersih selepas beberapa minit.

Foto Kredit: sapirshop.com

Foto Kredit: sapirshop.com

Pastikan Kuku Bayi Dipotong Pendek

Selain mengamalkan cara serta tips di atas, pastikan kulit bayi dirapikan dan dipotong pendek.

Ini kerana, bayi yang menggaru kesan gigitan nyamuk tadi boleh menyebabkan luka hingga menjadikan parutnya lebih teruk. Tapi, jangan terlalu risau kerana biasanya kesan gigitan nyamuk ini akan hilang sendirinya, selari dengan pertumbuhan bayi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×