Tech

Tiada Lagi Ruam Lampin, Gajet Ini Akan Beritahu Bila Bayi Anda ‘Membuang’

44
SHARES

Dah macam-macam gajet yang dibuat khas untuk membantu ibu bapa menguruskan anak. Ada pam susu yang canggih, katil pintar, pengesan suhu demam, dan macam-macam lagi. Terkini, sebuah syarikat Korea Selatan pula memperkenalkan teknologi lampin bayi yang dilengkapi dengan sensor dan boleh memberi alert pada smartphone anda apabila si kecil membuang air kecil atau besar!

5 Perkara Tentang Monit, Teknologi Lampin Bayi Pintar

Bagaimana agaknya ia berfungsi? Mari kita lihat serba sedikit tentang latarbelakang dan kecanggihan teknologi ini.

1. Hasil Idea 6 Orang Ayah Yang Juga Pereka Samsung

Idea menghasilkan teknologi lampin bayi ini berasal daripada 6 orang ayah yang komited mencari solusi bagi membantu proses penjagaan anak. Setelah dirangka dengan teliti, rekabentuk ini dibawa kepada C-Lab, sebuah program inkubator yang dikelolakan oleh Samsung Electronics.

Dari situ, mereka berjaya meyakinkan syarikat tersebut dan mendapatkan pembiayaan selama setahun untuk menghasilkan Monit, sebuah sensor yang dipakaikan pada lampin bayi untuk mengesan air kencing dan najis. Bluetooth detector yang mengesannya pula akan menterjemahkan mesej dan menghantarnya kepada anda melalui aplikasi telefon bimbit.

lampin bayi

Foto Kredit: MONIT

2. Direka Khusus Untuk Mengurangkan Masalah Ruam Yang Teruk

Tony Park, founder kepada projek ini bercita-cita menghasilkan Monit kerana salah seorang daripada anak perempuan beliau menghidap atopic dermatitis (eczema)

Atopic dermatitis adalah sejenis kerengsaan kulit atau alergi yang menyebabkan kulit seseorang tidak dapat menampung kelembapan. Atas sebab ini, Tony Park mula mencari solusi agar memastikan lampin bayi yang dipakaikan sentiasa berada dalam keadaan kering.

Yalah, apabila kita sibuk menguruskan kerja rumah, atau tertidur pada waktu malam, ada kalanya kita lupa memeriksa lampin bayi. Bila datang tengok, punggung bayi dah kemerahan dek kerana terlalu sensitif. Jika dibiarkan, ia mungkin akan bertambah teruk dari hari ke hari. Jadi, kalau ada sensor sebegini yang dapat bagi alert pada kita macam mesej Whatsapp, mesti kita akan cepat bertindak, bukan?

10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

3. Kecil Dan Tidak Mengganggu Keselesaan

Kecil, rata dan bulat seperti macaron, itulah rupa bentuk alat ini. Yang menariknya, ia hanya perlu dikepilkan di bahagian luar lampin bayi. Daripada situ, ia akan berfungsi untuk mengesan kombinasi suhu, kelembapan, dan gas. Sebelum ini, ada beberapa cubaan menghasilkan teknologi sebegini, namun ianya terbatas kepada mengesan air kencing sahaja dan perlu diletakkan di dalam lampin bayi.

Rekaan alat ini juga dikatakan amat membantu ibu bapa baru untuk menjadikan proses menukar lampin lebih efisyen. Sekiranya bayi sedang tidur, anda tak perlu risau untuk memeriksa lampin sehingga membuatkan mereka terjaga.

lampin bayi

Foto Kredit: Samsung Newsroom

4. Boleh Berfungsi Sebagai Pengesan Kualiti Udara

Selain membantu ibu bapa dalam memberi alert apabila melakukan kerja harian, penggunaan Monit juga boleh dikatakan paling ideal semasa anda travel atau ketika memakai penggendong bayi atau baby carrier. Malah, ahli perekabentuk dalam tim Monit juga sedang bekerjasama dengan Samsung Medical Center untuk menghasilkan alat penggendong bayi yang bakal dilancarkan bersama Monit, iaitu Dr Macaron.

Di samping itu, Monit juga adalah sebuah alat dwifungsi atau 2-in-1, di mana ia boleh digunakan sebagai alat mengesan kualiti udara dan suhu. Secara tidak langsung, ia boleh menambahkan lagi keselesaan dan memperbaiki kesihatan bayi.

Dr Macaron, rekaan penggendong bayi yang bakal dilancarkan bersama Monit sensor. / Foto Kredit: Samsung Newsroom

5. Bakal Masuk Ke Pasaran Ogos Ini

Monit pertama kali diperkenalkan di ABC Kids Expo dan dijangka akan mula memasuki pasaran Korea pada Ogos ini sebelum memperluaskannya ke Amerika Syarikat, China, Jepun, serta pasaran antarabangsa lain.

Jadi, apa kata anda tentang teknologi lampin bayi ini? Yay or nay?

 

*Sumber: Monit Smart Baby Care dan Samsung Newsroom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×