Famili

#ApaKhabarBigTree Bantu Beri Kesedaran Penjagaan Mental Melalui Iklan Digital Luar

2
SHARES
#ApaKhabarBigTree

Peneraju industri pengiklanan luar rumah, Big Tree Outdoor yang juga merupakan anak syarikat milik Media Prima Berhad, dengan bangganya mengumumkan pelancaran kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu “Apa Khabar?” atau dikenali sebagai #ApaKhabarBigTree.

Sempena dengan bulan Kesihatan Mental Sedunia, kempen ini bertujuan untuk meningkatkan semangat rakyat Malaysia dengan memberi kesedaran kesihatan mental melalui paparan mesej positif dan gambar rakyat Malaysia di papan iklan digital luar (DOOH).

Baca juga: Terlampau Rasa Diri Istimewa, Tak Kisah Lelaki Atau Perempuan Anda Ada ‘Princess Syndrome’!

#APAKHABARBIGTREE BERI KESEDARAN MENTAL KEPADA RAKYAT MALAYSIA

#ApaKhabarBigTree

Melalui kempen #ApaKhabarBigTree ini, Big Tree juga ingin memberi sokongan menentang stigma negatif yang merangkumi isu kesihatan mental. Bukan itu sahaja, dengan melihat paparan iklan DOOH ini dapat menguatkan pengaruh untuk mengingatkan rakyat Malaysia supaya bertanya khabar kepada orang tersayang sekaligus memberi mereka peluang untuk menyebarkan mesej positif.

Untuk pengetahuan anda, kajian Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) Kebangsaan mendapati bahawa 1 daripada 3 warganegara Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Memandangkan kesihatan mental adalah kritikal bagi setiap individu untuk pembangunan peribadi, komuniti dan sosioekonomi, Big Tree berpendapat bahawa isu sosial ini perlu diberi perhatian.

“Kami berharap melalui kempen #ApaKhabarBigTree ini, kami bukan sahaja menggalakkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan semangat satu sama lain melalui paparan mesej dan gambar positif di papan iklan DOOH di seluruh Lembah Klang sepanjang kempen ini, tetapi juga mengingatkan mereka untuk sentiasa bertanya khabar kepada orang tersayang.

Kami berharap inisiatif ini secara tidak langsungnya meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap isu kesihatan mental,” -Ketua Pegawai Operasi Big Tree, Stephanie Wong.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari www.bigtree.com.my/apakhabar atau ikuti Big Tree di media sosial Facebook dan Instagram di @bigtreeoutdoormy #ApaKhabarBigTree

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Big Tree (@bigtreeoutdoormy)

Baca juga: Najis Kategori Nombor 3 Dan 4 Paling Sihat, Pastikan Check Jenis Najis Anda Ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×