Hebahan

Kemaskini Akaun Bank Aktif Anda Secara Online Jika Masih Tidak Terima Bayaran Bantuan BPN

43
SHARES

Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilangsungkan, Perdana Menteri Malaysia juga telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan bantuan buat semua mereka yang layak. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah diumumkan dan telah dimaklumkan kategori kategori penerimanya. BPN Fasa 1 juga telah mula dibayar bermula 6 April lepas.

Bagi mereka yang layak menerima BPN dan mempunyai rekod data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan telah diluluskan, jika mereka tidak lagi menerima duit bantuan tersebut, mereka disaran untuk mengemaskini maklumat akaun bank yang masih aktif. Ini kerana ada sesetengah dari mereka yang lupa untuk mengemaskini maklumat akaun bank aktif.

Penerima Boleh Lakukan Kemaskini Secara Online

LHDN telah memberi kenyataan bahawa penerima boleh mengemas kini akaun bank penerima yang aktif hanya melalui pautan : https://ez.hasil.gov.my/ci selewat lewatnya sehingga 30 April ini.

“Ini adalah bertujuan untuk membolehkan bayaran BPN dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei ini dengan mudah dan selamat.

“LHDN juga ingin menasihati penerima BPN supaya menggunakan saluran rasmi dalam urusan mengemaskini maklumat bank dan LHDN juga tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran BPN. 

Selain itu, bagi penerima BPN yang tidak mempunyai rekod percukaian bersama LHDN, bayaran BPN mereka akan dibuat seperti yang sudah dimaklumkan di portal rasmi BPN atau juga melalui pautan : https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/SoalanLazim(FAQ)BantuanPrihatinNasional(Kemaskini%2006042020).pdf menurut kenyataan itu.

Disamping memberi kemudahan kepada pelanggan, segala pertanyaan dan maklum balas berkaitan boleh dibuat kepada LHDN melalui Hasil Care Line (HCL) di talian 03-89111000 atau Hasil Live Chat juga Borang maklum balas yang boleh didapati di portal rasmi LHDN di pautan : https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Selain itu maklumat juga boleh diperoleh dari media sosial rasmi LHDN iaitu Facebook LHDNM dan Twitter LHDNMofficial.

Sumber : Berita Harian , LHDN

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×