Nur

Kelebihan Puasa Sunat Di Bulan Syaaban (Berdasarkan Hadith)

96
SHARES
kelebihan puasa syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan mulia lagi berkat yang mempunyai banyak kelebihan dan keistemewaannya.

Ia adalah masa untuk kita mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk kita menghadapi bulan Ramadhan yang merupakan medan ibadah bagi umat Islam.

Menurut JAKIM, dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Keutamaan bulan Syaaban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah SWT di atas semua hamba-Nya”.

Terasa dekat dah nak hampiri bulan Ramadhan kan?

Jom kita perbanyakkanlah lagi amal soleh di bulan Syaaban antaranya ialah berpuasa Sunat.

Baca juga: Inilah Antara 6 Waktu Paling Mustajab Untuk Berdoa & Dikabulkan Hajat

Kelebihan Puasa Sunat Syaaban

Berikut adalah antara kelebihan puasa sunat Syaaban berdasarkan hadith:

عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW;

“Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa”. (HR an-Nasai No: 2317)

Status: Hadis Hasan

puasa sunat syaaban

Melalui hadith tersebut, dapatlah kita ketahui bahawa bulan Syaaban adalah bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.

Jadi, jom kita memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, tahajjud, solat sunat, sedekah, zikrullah, istighfar, selawat, membaca al-Quran dan lain-lain lagi.

Baca juga: Puasa Hari Putih (13, 14 & 15 Haribulan Dalam Bulan Islam): Hukum, Niat & Kelebihannya

Apapun, solat lima waktu jangan pula ditinggalkan ya.

Abu Bakr Al-Balkhi berkata:

شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ

Bulan Rejab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

Semoga kita semakin bersemangat untuk beramal sebagai persiapan menuju bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kelebihan bulan Syaaban dan Puasa Sunat Syaaban, sila rujuk Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan: IRSYAD AL-FATWA KE-29: BULAN SYA’BAN: KEISTIMEWAANNYA MENGIKUT NERACA NAS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×