Famili

Ini Sebabnya Mak Ayah Kerap Tersasul Sebut Nama Anak Sendiri

1.7K
reads

“Patutlah aku panggil dari tadi dia tak menyahut dan buat tak tahu saja. Rupanya aku tersilap pergi panggil si Abang yang di sekolah. Aduhai, anak baru 3 dah nyanyuk ke. Nama anak sendiri pun ‘confuse’…” 

Mesti ramai antara kita semua pernah tersasul sebut nama anak sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita tengah serabut dengan pelbagai perkara. ‘Multitasking’ nak siapkan anak pergi sekolah, sambil buat sarapan, sediakan baju dan sebagainya. Punyalah kita tertunggu-tunggu si anak menyahut, rupanya kita dah silap panggil.

Nak panggil adik, tersebut nama kakak. Nak panggil abang, tersebut nama adik. Yang lagi kelakar, siap boleh silap sebut nama anak walaupun anak yang nak dipanggil betul-betul ada di depan mata!

punca letih

Foto Kredit: askdrnanny.com

Otak Mengkategori Orang Yang Istimewa Dan Disayangi

Menurut kajian sains yang dilaporkan menerusi Jurnal Psychonomic Society, penyelidik mendapati sebab utama ibu bapa selalu tersasul menyebut nama ini adalah kerana ibu bapa sangat sayang kepada anak mereka.

Bagaimana pula begitu?

Begini, otak manusia biasanya akan mengkategorikan memori kita mengikut kumpulan-kumpulan tertentu; seperti sebuah fail dan folder dalam komputer. Contohnya nama objek, manusia, haiwan, dan sebagainya. Dalam kategori tersebut, selalunya orang yang kita sayang dan paling rapat berada dalam satu folder istimewa.

Ada masanya, otak kita mungkin akan mengalami sedikit kecelaruan sewaktu kita stres, letih atau cemas. Menurut survey dan kajian yang mereka jalankan, nama-nama yang terkeluar semasa kita tersilap sebut biasanya terdapat dalam kelompok istimewa tersebut.

Maksudnya, kalau mak ayah tersilap sebut nama kita, dia mestilah sayang dekat kita. Kalau kita silap sebut nama seseorang yang lain, maksudnya kemungkinan besar nama dia pun ada dalam folder atau kelompok orang istimewa di hati kita.

(Jadi, sebab itulah kadang-kadang, lelaki yang ada 2-3 teman wanita pun boleh keliru dan tersasul walaupun kononnya licik.)

nama anak

Foto Kredit: 123rf.com

Tersasul Bukan Sebab Nyanyuk

Seorang profesor, Emily Rogalski dari Northwestern University’s Cognitive Neurology & Alzheimer’s Disease Center menyatakan bahawa tabiat ini adalah normal dan tidak perlu anda risaukan kerana ia tidak berkait rapat dengan simptom penuaan mahupun masalah kesihatan.

Jadi, anda tak perlu risau kalau tersalah sebut nama anak kerana ia bukan petanda nyanyuk atau masalah pada memori. Sebaliknya, ia menandakan bahawa anda telah mengkategorikan nama mereka dalam sebuah kelompok yang istimewa di dalam hati dan otak anda.

Yang Popular

To Top