Asuh

7 Perkara Yang Paling Kita Rindu Bila Anak Dah Bercerai Susu Badan

2.2K
SHARES

“Tak lama lagi Fathi kena bercerai susu. Alahai, tak sampai hatinya nak tengok dia menangis. Yalah, dah asyik ‘melekat’ je dengan aku. Tapi tak apalah, dah banyak kelebihan menyusu badan yang dia terima selama 2 tahun ini. “

Memang rasa sayu dan sedih bila hampir tiba masa untuk anak bercerai susu. Uniknya, kelebihan menyusu badan ini bukan saja pada khasiatnya, tetapi juga pada kesan sampingannya kepada emosi.

Perasan kan, masa anda menyusukan anak, ada pelbagai perkara yang berlaku dan saat ini anda berdua berada sangat rapat antara satu sama lain.

Penyusuan susu ibu secara eksklusif

Foto Kredit: popsugar.com

7 Perkara Yang Paling Kita Rindu Bila Bercerai Susu Badan

Menyusu badan telah sebati dalam diri wanita, lebih-lebih lagi yang menyusukan badan secara ‘direct’ selama 2 tahun. Banyak kelebihan menyusu badan selain memori indah dan menggelikan hati yang akan terpahat selama-lamanya dalam ingatan kita!

1. Kena Gigit

“Aduiiii….!” Rumah yang senyap sunyi tiba-tiba terdengar jeritan.

Sahlah si ibu baru saja kena ‘gigit’ semasa menyusukan bayi. Gigitan ini memang sukar dijangka.

Kadang-kadang boleh pula berlaku semasa anak dahpun hampir terlelap.

Foto Kredit: botaebebave.com

Foto Kredit: botaebebave.com

2. Kes Tak Sempat

‘Leaking’ atau susu bocor memang biasa berlaku, kadang-kadang terkena pula pada muka bayi.

Tak tahulah sama ada susu dah terlalu penuh atau bayi terlalu ‘excited’, kadang-kadang bayi belum bersedia buka mulut lagi dah terpancut ke mukanya.

Kelakar betul melihat gelagat mereka dengan muka yang basah lencun.

3. ‘Mabuk Susu’

Ada masanya bayi yang sangat lapar atau haus akan minum dengan sangat cepat dan laju.

Selepas selesai menyusu, apa lagi – mulalah buat muka ‘mamai’, ‘blur’, dan kadangkala terus tertidur buat masa yang lama sambil  tersengih-sengih. Comelnya….

Inilah yang digelar ‘mabuk susu’!

kelebihan menyusu badan

Foto Kredit: viralmesuem.com

4. ‘Sound Effect’

Salah satu kelebihan menyusu badan juga boleh melihat bakat dan kreativiti anak. Tak percaya?

Mesti ada yang ‘menyanyi’ dan membuat bunyi kelakar ketika sedang menyusu.

Mungkin ia tindakan refleks bayi atau bayi ada maksud tersendiri. Tapi bunyi yang dibuat itu menunjukkan macam sedap sangatlah susu yang sedang diminumnya itu!

bayi kembung perut

Foto Kredit: life2day.gr

5. Gaya Akrobat

Bukan sekadar berbaring, kejap pusing sana, kejap pusing sini. Jangan tak tahu, ada yang cuba berdiri sambil menyusu!

Tangan tarik rambut ibu, kaki pula ternaik-naik sampai kena muka ibu.

Bila anak dah semakin besar, makin banyak gaya akrobat yang ditunjukkan. Ibu juga yang ‘terseksa’.

Foto Kredit: akronchildrens.org

Foto Kredit: akronchildrens.org

6. Suka Buka Luas-luas

Kita punyalah nak menyusu senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi, tapi si bayi suka betul buka luas-luas semasa menyusu.

Malah, tangannya sibuk nak membuka ‘sebelah’ lagi walaupun dia hanya menyusu pada sebelah bahagian.

Kalau di tempat awam, susah juga kan?

Menyusu di tempat awam

Foto Kredit: popsugar.com

7. Cakar & Cubit

Kalau nampak kesan berbirat pada dada ibu, itulah ‘angkara’ kuku bayi yang tajam.

Tak padan kecil, tangannya tak duduk diam semasa menyusu. Habis semua dicakar dan ada pula yang dicubit-cubit. Dah macam kena dera pula ya?

Petua Nipple Crack

Foto Kredit: themominmemd.com

Uniknya Kelebihan Menyusu Badan!

Tentu ibu tersenyum apabila mengingatkannya, bukan? Yang pasti, hanya ibu dan bayi saja yang merasainya.

Selain kelebihan menyusu badan dari segi khasiatnya, ada banyak perkara yang menjadikan perjalanan ini sebuah memori yang tersangat unik!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×