Cantik

Lelaki Berjambang Ternyata Lebih Sihat Dan Digilai Wanita

1.9K
SHARES

“Amboi, bukan main macam-macam stail janggut sekarang. Aku ingatkan kalau muka bersih, lagi nampak muda, ‘babyface’. Rupanya banyak pula kelebihan janggut lelaki. Menarik juga ni.”

Wahai kaum Adam, letakkan pisau cukur anda sekarang!

Jika anda tak pernah terfikir untuk menyimpan jambang, mungkin anda patut mempertimbangkannya semula. Fakta tentang kelebihan janggut lelaki sama ada dari sudut sains mahupun psikologi telah terbukti.

Mari kupas apa penjelasannya.

Foto Kredit: hindustantimes.com

Foto Kredit: hindustantimes.com

6 Kelebihan Janggut Lelaki Yang Anda Perlu Tahu

Ini 6 kelebihan janggut lelaki yang mungkin anda tak pernah tahu sebelum ini.

1. Melindungi Dari Sinar UV

Menurut sebuah jurnal daripada University Of Southern Queensland ini, janggut dapat melindungi 95% kulit wajah anda daripada sinaran matahari dan UV yang merosakkan kulit.

Hasilnya, kulit anda kurang berkedut, kendur, dan kulit bintik-bintik yang tidak diingini. Sekaligus, ia mengurangkan risiko lelaki daripada terkena kanser kulit!

kelebihan jangggut lelaki

Foto Kredit: history.co.uk

2. Mengurangkan Risiko Lelah

Tahukah anda, kelebihan janggut ini turut membantu mengurangkan risiko penyakit lelah.

Eh, bagaimana pula? Menurut sebuah laporan daripada Huffington Post, janggut ini dapat bertindak sebagai ‘penapis’ yang membantu menghalang debu daripada memasuki sistem pernafasan anda.

Jadi, udara yang anda sedut akan menjadi lebih bersih secara semulajadi. Tapi, kenalah selalu trim dan jaga kebersihan janggut ya.

Foto Kredit: rotana.net

Foto Kredit: rotana.net

3. Selamat Tinggal Jerawat!

Dr. Shannon C. Trotter, pakar dermatologis merungkaikan bahawa tindakan mencukur boleh membawa jangkitan bakteria dan iritasi kulit.

Ini kerana, mencukur akan menyebabkan bukaan pada rongga kulit lalu mendorong pelbagai masalah kulit muka seperti jerawat.

rawatan bisul

Foto Kredit: bonnelogia.com

4. Lebih Maskulin

Memang tak dapat disangkal lagi, jambang menjadi simbol kelelakian.

Namun, ia bukan dakwaan semata-mata. Kajian daripada Evolution and Human Behavior telah membuktikannya.

Satu tips daripada sebuah artikel Fox News ini pula tentu amat bermanfaat kepada anda: Wanita paling tertarik dengan ’10-day stubble’ atau jambang lelaki yang dibiarkan panjang selama 10 hari.

5. Digilai Wanita

Walaupun setiap wanita mempunyai pilihan tersendiri, namun secara umumnya mereka lebih tertarik kepada lelaki yang berjambang.

Menurut sebuah kajian yang dilaporkan oleh The Telegraph, wanita mendapati kelebihan janggut lelaki ini menampakkan mereka lebih matang, romantik, agresif, tegap, dan dominan.

'10-day stubble' dikatakan paling seksi dan menarik. / Foto Kredit: dailymail.co.uk

’10-day stubble’ dikatakan paling seksi dan menarik. / Foto Kredit: lds.net

6. Tampil Lebih Yakin

Kebanyakan lelaki yang menyimpan janggut mendapati bahawa mereka akan berasa lebih konfiden terhadap diri sendiri secara automatik.

Malah, orang sekeliling akan mula mengambil serius terhadap pendapat anda.

Berbanding dahulu, mereka anggap lelaki itu macam budak hingusan. Bila dah berjambang, barulah nampak matang dan meyakinkan. Makin gerun pun ada!

kelebihan janggut lelaki

Mana lebih nampak serius? Tentulah yang berjambang! / Foto Kredit: coolchizine.com

Bukan Sekadar Gaya!

Ternyata, ia bukan sekadar trend hipster, tetapi turut memiliki seribu satu kelebihan yang memberi manfaat.

Menariknya, ia selari dengan tuntutan Islam dan merupakan salah satu sunnah Nabi SAW.

Jadi, apa lagi, dah tiba masanya kita simpan janggut mulai hari ini. Bukan saja bergaya, dapat pahala pula kalau kena dengan niat dan caranya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×