Famili

Bayi Takkan Keliru Kalau Kita Bercakap 2-3 Bahasa Dengannya. Ini Bukti Kajian Sains

1.4K
SHARES
kelebihan anak belajar bahasa

Bagi seorang dewasa, kita tahu memang agak sukar untuk kita belajar bahasa baru.

Sebab itu mungkin ada antara kita yang takut anak kita keliru kalau kita bercakap dengan dia bercampur-campur bahasa, contohnya antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Tapi tahukah anda, kajian yang dilaporkan oleh Journal of Child Language dari Cambridge University Press telah membuktikan yang sebaliknya.

Bahkan, lebih awal kita memperkenalkan mereka kepada bahasa kedua kepada anak-anak adalah lebih baik buat mereka.

Menurut kajian tersebut, didapati bahawa kanak-kanak yang dibiasakan dengan 2 bahasa sejak lahir akan dapat bertutur kedua-dua bahasa tersebut dengan amat lancar, manakala orang dewasa akan mengalami kesusahan untuk belajar bahasa kedua jarang dapat menuturkannya dengan lancar (tidak seperti native speaker).

Foto Kredit: Daily Mail (Babies who grow up listening to two languages have better problem-solving skills even before they can talk)

Bayi Mampu Membezakan Bahasa Yang Berbeza

Menurut sebuah artikel Business Insider, kajian menunjukkan bahawa bayi mula mengenal bunyi bahasa sejak mereka belum dilahirkan lagi!

Sejak dalam rahim, suara ibu adalah yang paling dikenali dan mereka dapat membezakan bahasa ibu dengan bahasa lain sebaik saja mereka dilahirkan. Bahkan, bayi baru lahir juga didapati mampu mengenalpasti satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Secara amnya, mempelajari sesuatu bahasa memerlukan seseorang untuk memproses bunyi-bunyian. Jika semua bahasa dalam dunia ini dikumpulkan, ia terdiri daripada kira-kira lebih 800 bunyian. Setiap bahasa hanya menggunakan 40 bunyi bahasa atau ‘phonemes’, dan bunyi inilah yang membezakan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.

Apa yang menakjubkan, otak bayi mempunyai satu anugerah luarbiasa: ia mampu membezakan kesemua 800 bunyian dalam semua bahasa tersebut!

Ini bermaksud, bayi mampu ‘menangkap’ dan mempelajari apa-apa bahasa yang didedahkan kepada mereka.

Seiring dengan peningkatan usia nanti, bayi akan cenderung terhadap bunyi yang paling biasa didengari oleh mereka.

Cara mandi nifas

Bercakap Bercampur Bahasa Tak Semestinya Menunjukkan Anak Keliru

Menurut HuffingtonPost, Renu Nargunder, seorang ahli psikologi, kaunselor dan pelatih bahasa mendakwa bahawa orang yang tinggal dalam negara berbilang kaum (seperti Malaysia) mempunyai kelebihan tertentu dalam mempelajari bahasa kedua.

Malah beliau menegaskan bahawa ibu ayah juga tak perlu risau jika anak bercakap bercampur bahasa kerana ia bukanlah tanda kekeliruan bahasa.

Jadi, ibu ayah yang biasanya bercakap 2 atau 3 bahasa kepada anak-anak tak perlu berasa risau sekiranya anak-anak terkeliru kerana mereka sebenarnya berpotensi mempunyai pelbagai kelebihan apabila didedahkan dengan bahasa kedua.

bkelebihan belajar bahasa asing

Foto Kredit: vestnikkavkaza.net

Adakah Anak Bilingual Lebih Bijak?

Banyak penelitian mendapati bahawa seorang yang mengetahui lebih daripada satu bahasa mempunyai kelebihan tertentu.

Dalam sebuah jurnal bertajuk Bilingualism in the Early Years: What the Science Says, antara kelebihannya adalah:

  • Kanak-kanak prasekolah yang mengetahui 2 bahasa mempunyai kemahiran yang lebih mendalam dalam memahami perspektif, pemikiran, serta keinginan seseorang.
  • Kanak-kanak bilingual juga lebih sensitif terhadap sesetengah aspek komunikasi contohnya dalam mengenalpasti tona suara.
  • Secara kognitifnya, kanak-kanak bilingual lebih cekap dalam hal-hal yang melibatkan pertukaran aktiviti dan menghalang tindak balas yang dipelajari sebelumnya.
  • Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa bayi yang didedahkan dengan 2 bahasa mempunyai kelebihan dalam aspek memori, contohnya dalam menganalisa maklumat dari satu peristiwa ke peristiwa kemudiannya.

www.brainbalancecenters.com

Interaksi Sosial & Emosional Yang Berkesan Antara Ibu Bapa Dengan Anak Adalah Paling Penting

Sekarang kita dah faham kan kenapa dan bagaimana pendedahan kepada bahasa kedua adalah baik untuk bayi dan anak kecil?

Ringkasnya, bayi sebenarnya telah dilahirkan dalam keadaan bersedia untuk belajar apa sahaja bahasa yang diajarkan kepadanya. Namun, kita juga perlu faham bahawa seseorang juga mampu untuk mempelajari bahasa kedua pada usia apa pun.

Setiap orang ada cara mereka, jadi tepuk dada tanyalah selera. Tak ada yang betul dan tak ada yang salah.

Yang penting adalah interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berkesan dan sampai ke hati!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×