Asuh

Persiapan Penting Ibu Bapa Wajib Tahu Untuk Anak Darjah 1 Masuk Sekolah

54
SHARES

Dengan berbaki lagi beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula, pasti ada antara ibu bapa yang teruja anak-anak bakal masuk ke sekolah. Selain itu, ibu bapa perlulah luangkan sedikit masa membuat persiapan mengajar anak sebelum melangkah ke darjah 1. Jadi, cikgu ini telah kongsi persiapan penting ibu bapa yang bakal membawa anak masuk ke sekolah.

ADA ANAK DARJAH 1 TAHUN 2020? INI PERSIAPAN SEBAGAI IBU BAPA

1.PASTIKAN ANAK KENAL HURUF DAN BOLEH MEMBACA DAN MENGEJA

Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun. Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2.BIMBING ANAK DI RUMAH. BERHENTI MERUNGUT SILIBUS TINGGI & SOALAN TERLAMPAU KBAT

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah. Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik. Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah. Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3. AJAR ANAK KENALI & GUNA WANG

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka. Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4.AJAR ANAK GUNA TANDAS AWAM/SEKOLAH. AJAR ANAK MINTA IZIN KE TANDAS

Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5.JANGAN TAKUTKAN MURID DENGAN BAGITAHU MEREKA CIKGU GARANG

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,”Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.” Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas. Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6.AJAR ANAK KONGSI & JAGA BARANG SENDIRI

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia. Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula. Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7.JANGAN BAGI MURID PAKAI KASUT BERTALI & AJAR CARA PAKAI DAN BUKA TALI PINGGANG

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah. Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8.AJAR ANAK SUSUN JADUAL IKUT HARI

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting! Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku. Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9.JANGAN WHATSAPP GROUP KELAS TENGAH MALAM BUTA & MENGHARAP BALASAN SEGERA

Hormati group whatsapp tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas. Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu. Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10.TAMPAL NO TELEFON IBU BAPA PADA BEKAS PENSEL, BUKU KOMUNIKASI & BEG SEKOLAH

Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.

11.USAH DIRATIB TENTANG SUKARNYA SILIBUS BARU & PAYAHNYA SOALAN KBAT

BERHENTI MERUNGUT! Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan. Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.

Sumber: Mohd Fadli Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×