Asuh

Senarai Tempat Berenang Untuk Bayi Di KL & Selangor. Bagus Mula Awal!

10.8K
SHARES
bayi berenang

“‘Excited’ aku tengok video Youtube bayi berenang tadi. Kecil-kecil berani apungkan badan. Bagus kalau ajar Zahra. Dengar-dengar, bayi sebenarnya memang boleh berenang sejak lahir. Kalau tak dilatih nanti hilang pula skilnya.” 

Terlalu banyak kelebihan aktiviti berenang untuk anak sejak kecil. Malah, terdapat kajian yang mengaitkan kegiatan renang ini dengan prestasi akademik serta mempercepatkan perkembangan fizikal serta emosional mereka.

Bila Boleh Bawa Bayi Berenang?

Menurut sumber, usia 4-6 bulan adalah waktu yang paling tepat bagi bayi untuk mengenal kolam renang.

Dalam tempoh tersebut refleks akuatiknya masih belum hilang. Ini bermakna, bayi masih mempunyai kemampuan untuk segera menarik nafas sebelum menyentuh air. Ia juga adalah waktu yang sesuai untuk melatih koordinasi gerakan otot-otot tubuhnya. Selain sudah punya naluri mengapung, bayi juga sudah mampu mengatur nafas untuk memudahkan renangan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan tempat atau ‘instructor’ yang mengajar bayi biasanya akan menasihatkan anda menunggu hingga 6 bulan untuk mula melatih si kecil.

bayi berenang

Foto Kredit: naukawpolsce.pap.pl

Di Mana Boleh Bawa Bayi Berenang Sekitar KL & Selangor?

Tak banyak tempat yang mengajar bayi berenang kerana ia memerlukan kepakaran daripada seorang profesional. Jadi, kami cuba senaraikan beberapa kelab dan tempat untuk anda membawa bayi berenang dengan selamat.

1. Kompleks Renang Sri Siantan (Swim Malaysia)

Di sini disediakan kolam renang khas beserta kelas berenang untuk bayi. Jadi, kalau belum bersedia nak mendaftar bayi berenang dalam kelas renang, boleh beri peluang bayi main air di kolam khas tersebut. Cuma perlu bayar tiket masuk saja iaitu RM 4 untuk dewasan dan RM 2 untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.

Swim Malaysia telah beroperasi sejak beberapa tahun dan tenaga pengajarnya berdaftar di bawah ILS (International Life-Saving Programme). Selain mengajar bayi berenang di kompleks renang ini, kelas persendirian juga boleh diaturkan mengikut kesesuaian jadual anda.

Yuran: RM 160 (4 kelas) Pendaftaran RM 30

Yuran kelas persendirian (di rumah): RM 400

Alamat: Kompleks Kolam Renang Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, 68100 Batu Caves.

Telefon: 012-7792771 /012-2161606

E-mail: [email protected]

Laman web rujukan: http://www.swimminglesson.com.my/swimming-lesson-in-selangor-pj/

2. Royal Domain Sri Putramas II (Swim Malaysia)

Salah satu daripada 3 buah pusat renang yang dikendalikan oleh Swim Malaysia. Yurannya sama seperti yang dinyatakan di atas. Kelas percubaan adalah percuma untuk melihat kesesuaian anak anda.

Yuran: RM 160 (4 kelas) Pendaftaran RM 30

Yuran kelas persendirian (di rumah): RM 400

Alamat: 960, Jalan Putramas, 51200 Kuala Lumpur

Telefon: 012-7792771 /012-2161606

E-mail: [email protected]

Laman web rujukan: http://www.swimminglesson.com.my/baby-swimming-lesson/

3. Sri Putramas I (Jalan Kuching)

Salah satu pusat renang yang terbaru dikendalikan oleh Swim Malaysia di Kuala Lumpur.

Yuran: RM 160 (4 kelas) Pendaftaran RM 30

Yuran kelas persendirian (di rumah): RM 400

Alamat: No. 1, Jalan Putramas 1, off Jalan Kuching, 51200, Kuala Lumpur

Telefon: 012-7792771 /012-2161606

E-mail: [email protected]

Laman web rujukan: http://www.swimminglesson.com.my/baby-swimming-lesson/

4. Splash Aquatic Centre (Swimming Baby Malaysia)

Kelas renang untuk bayi di sini menerima bayi seawal 6 bulan hingga usia 30 bulan melalui program Swim ‘4 Babies.

Yuran Pendaftaran: RM 30

Sesi Pengenalan (Water Introduction Session) : RM 500 (8 minggu / 1 kelas seminggu)

Water Baby Playgroup Session: RM 250/month (4 kelas)

Alamat: Splash Aquatic Centre, No.31, Jalan Kristal 7/77, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Telefon: 012 3184 184

E-mail: [email protected]

Laman web rujukan: http://www.swimmingbabymalaysia.com/swim4babies

5. Kelas Renang Ezi2Swim Presint 16 Putrajaya

Berbanding kelas renang yang dianjurkan oleh Swim Malaysia dan Swimming Baby Malaysia di atas, Ezi2Swim hanya menerima bayi berumur 2-4 tahun (toddler).

Masa: 4.00 ptg hingga 5.00 petang

Yuran: RM100 sebulan setiap 4 kali kedatangan

Pendaftaran: RM30 pada bulan pertama

Jurulatih: Cikgu MdBazli dari smart-renang.com

Keperluan: Ibubapa perlu bersama-sama terlibat dalam aktiviti kelas

Telefon: 017-296 0238

Laman web rujukanhttp://www.ezi2swim.com/

6. D Swim Academy Sdn Bhd

Melalui Lil Swimmer Program, D Swim Academy menerima bayi yang berusia 6 bulan hingga 36 bulan.

Kelas berenang ini ditawarkan di beberapa lokasi seperti yang disenaraikan di bawah. Anda boleh membuat panggilan terlebih dahulu untuk memastikan sama ada mereka mempunyai kekosongan di lokasi berkenaan:

  • Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam
  • Kompleks Kecemerlangan Kampung Pandan
  • Perbadanan Stadium Malaysia, Setiawangsa
  • 3K Sports Complex SS13, Subang Jaya

Telefon: 1300 222 372

Email: [email protected]

Laman web rujukanhttp://www.dswimacademy.com/join-dsa/

7. Aqua Baby Swimming Class @ Putrajaya Effective Swimming Academy (PESA)

Di Aqua Baby, mereka menerima bayi dari usia 6 bulan hingga 42 bulan. Kelas renang ini terletak di Palm Garden Hotel, bersebelahan IOI City Mall dan Putrajaya Marriott Hotel.

Yuran: RM 450 untuk 6 bulan (tiada had kelas)

Laman web rujukanhttp://www.mykite2u.com

8. Hippopo Baby Spa

Mungkin ramai yang pernah tengok Hippopo Baby Spa kerana ia terletak dalam pusat membeli-belah yang terkenal. Selain spa bayi, Hippopo juga ada memperkenalkan pakej renang untuk bayi berusia 6 bulan hingga 20 bulan.

Hippopo Baby Spa terdapat di ‘shoping mall’ berikut di sekitar KL & Selangor:

  • Setia City Mall, Shah Alam
  • Centrepoint, Bandar Utama
  • Great Eastern Mall, KL
  • Setia Walk Mall, Puchong
  • Empire Shopping Gallery, Subang

Selain tempat-tempat berikut, mereka juga mempunyai cawangan di bandar utama seluruh Malaysia seperti Penang, Johor Bahru dan Melaka.

Yuran:

bayi berenang

Foto Kredit: hippopo.my

Laman web rujukan: http://hippopo.my

Seronoknya Main Air!

Pastikan dipantau oleh para pengajar yang bendaftar demi keselamatan bayi. Kalau dah tahu tempatnya, bolehlah bawa si kecil untuk belajar berenang. Kalau anda tahu mana-mana tempat lagi, bolehlah beritahu kami untuk kami ‘update’ lagi senarai ini.

Semoga anak-anak mendapat manfaat yang terbaik daripada aktiviti berenang.

Dalam Islam pun, berenang adalah salah satu aktiviti yang amat digalakkan. Memetik daripada, Umar al-Faruq ibn al –Khattab, Rasulullah SAW bersabda:

“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Sahih Bukhari /Muslim)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×