40 Minggu

Keguguran Kandungan Di Awal Kehamilan. Apa Tanda & Penyebabnya?

2
SHARES
Keguguran kandungan

Tiada siapa mahu doakan keguguran kandungan berlaku, tetapi hakikatnya ia adalah sebahagian daripada kehidupan yang pahit untuk diterima. Ada yang trauma dengan apa yang berlaku sehingga takut untuk mengandung lagi. Tidak kurang ramai juga yang dapat menerima ketentuan ini dan cuba lagi dan lagi sehingga mereka berjaya juga.

Keguguran kandungan seringkali terjadi sebelum 5 bulan kehamilan dan dikatakan ia sering berlaku tatkala ibu belum pun sedar yang beliau sedang mengandung. Mengikut kajian, 80% daripada keguguran kandungan berlaku dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan. Sebaik sahaja usia kandungan menjangkau lima bulan, ia amat jarang untuk berlaku.

 

Jenis keguguran kandungan

Terdapat beberapa jenis keguguran kandungan sebenarnya.

  • Keguguran sepenuhnya: Kesemua tisu-tisu keluar daripada badan
  • Keguguran tidak lengkap: Hanya segelintir tisu yang keluar daripada badan
  • Keguguran yang tidak dapat dielakkan: Simptom-simptom tidak dapat dihentikan dan keguguran akan berlaku
  • Keguguran yang dijangkiti kuman: Lapisan rahum (uterus) dan tisu-tisu dijangkiti
  • Keguguran tertinggal: Keguguran terjadi dan tisu-tisu tertinggal di dalam badan

Tanda tanda keguguran

Perkembangan Janin Dalam Kandungan

Foto Kredit: layman.org

Jadi apakah simptom-simptom keguguran kandungan ini? Di antaranya, anda mengalami pendarahan yang kecil dan beransur-ansur menjadi banyak. Rasa kejang otot dan sakit di bahagian abdomen dan disusuli dengan demam panas.

Jika anda sedang mengandung dan alami simptom-simptom seperti ini, segera dapatkan rawatan doktor dan jika ia didapati serius, anda mungkin perlu ke dewan bedah secepat mungkin.

Punca keguguran kandungan tidak begitu difahami sehingga ke hari ini. Tetapi kebanyakan daripada keguguran yang berlaku semasa trimester pertama kehamilan seringkali disebabkan oleh keabnormalan kromosom di dalam bayi. Kromosom adalah struktur kecil yang terdapat di dalam badan manusia yang membawa kebanyakan gen.

Gen-gen inilah yang akan menentukan sifat-sifat fizikal seperti jantina, warna rambut dan mata, jenis darah dan sebagainya. Masalah berkaitan kromosom selalunya berlaku secara kebetulan dan tidak ada kena-mengena dengan kesihatan ibu atau ayah.

 

Sebab keguguran kandungan

Penyebab-penyebab lain keguguran kandungan termasuklah penyalahgunaan dadah dan alkohol. Jika anda terdedah kepada toksin juga boleh menyebabkan keguguran. Seterusnya masalah berkaitan hormon, jangkitan penyakit, kegemukan dan tabiat merokok ibu juga menyumbang. Selain daripada itu, masalah fizikal berkaitan organ-organ reproduktif dan masalah dengan tindakbalas imunisasi ibu juga boleh menyebabkan keguguran.

Harus diingat bahawa stres dan aktiviti seksual yang kerap tidak berkaitan sama sekali dengan keguguran.

 

Rawatan keguguran kandungan

Bagaimana keguguran kandungan ini boleh dirawat? Objektif utama rawatan semasa atau selepas keguguran adalah untuk mengelak daripada berlakunya pendarahan dalaman dan jangkitan. Semakin awal kehamilan anda, peluang lebih tinggi untuk badan anda untuk membuang kesemua tisu-tisu yang gugur tanpa memerlukan sebarang pembedahan.

Jika badan ibu tidak dapat membuang kesemua tisu, anda perlu menjalani pembedahan kecil untuk menghentikan pendarahan di samping menghalang jangkitan daripada berlaku. Ubat akan diberi untuk mengawal pendarahan setelah pembedahan kecil tersebut berjaya dilakukan.

 

Cara mengelakkan keguguran kandungan

Terakhir sekali, mari kila lihat cara-cara untuk mengelakkan daripada mengalami keguguran kandungan. Anda boleh bersenam dengan kerap, amalkan pemakanan yang sihat, kawal tahap stres, kekalkan berat badan yang ideal, ambil asid folik setiap hari dan tidak merokok.

 

Akhir kata

Dengan adanya sedikit ilmu tentang keguguran kandungan ini, dapat membantu anda bagi mencegah dan menanganinya. Semua yang berlaku adalah ketentuan dan tabahlah dengan ujian yang mendatang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×