Teknologi

5 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Belajar Pengaturcaraan

2
SHARES
belajar pengaturcaraan

“Eh, apa benda Keenobot ni? Bolehkah anak-anak belajar pengaturcaraan? Dengar macam sesuatu yang sangat susah dan kompleks.”

Oh, rupanya Keenobot adalah sejenis bongkah robot pendidikan. Sekali pandang, nampak macam Lego. Tetapi ia mempunyai wayar-wayar penghubung dan komponen elektronik. Menariknya, robot ini membolehkan kanak-kanak membina robot dan belajar pengaturcaraan dengan cara yang lebih pintar.

belajar pengaturcaraan

Foto Kredit: keenobot.com

Apakah pengaturcaraan?

Secara ringkasnya, pengaturcaraan atau ‘programming’ adalah proses mencipta set perintah atau arahan yang mengarahkan satu komputer melaksanakan tugas. Contohnya, seseorang manusia boleh mengarahkan apa-apa alat elektronik yang mempunyai mikroprosessor untuk membunyikan penggera, menggerakkan motor ataupun menyalakan lampu.

Menurut Syazwan Zamree, pengasas Keenobot, pengaturcaraan adalah sebuah kecelikan baru yang amat penting pada era digital ini, sama seperti kemahiran membaca, menulis dan mengira.

keenobot belajar pengaturcaraan

Inilah bongkah-bongkah Keenobot. / Foto Kredit: keenobot.com

Baiklah, nak tahu kenapa anak anda perlu belajar pengaturcaraan? Ini 5 sebabnya.

5 Sebab Mengapa Anak Anda Perlu Belajar Pengaturcaraan

1. Membina kemahiran penyelesaian masalah dan berfikir secara logik

Pengaturcaraan komputer seringkali melibatkan penyelesaian masalah. Sebagai contoh, bagaimana anda hendak mengaturcara sebuah robot supaya ia dapat berjalan mengekori garisan yang telah dilukis di atas lantai?

Kanak-kanak perlu menyelesaikan masalah tersebut dalam tertib yang logik dan proses ini secara langsung dapat membina kemahiran penyelesaian dan berfikir secara logik.

2. Memupuk empati dan penghargaan terhadap teknologi

Anak-anak kita sangat mahir menggunakan teknologi seperti telefon pintar, aplikasi Facebook dan juga bermain permainan video. Mereka pasti terkejut apabila mengetahui bahawa proses membina aplikasi dan permainan tersebut adalah rumit dan mencabar.

Seperti mana kanak-kanak teruja untuk melihat bagaimana pizza kegemaran mereka dibuat, seperti itu jugalah mereka akan teruja apabila mengetahui bagaimana teknologi kegemaran mereka dibangunkan. Ini dapat memupuk empati agar mereka lebih menghargai teknologi yang merupakan hasil titik peluh dan usaha insan lain.

3. Membina sesuatu yang hebat dan bermanfaat

Mempelajari pengaturcaraan membolehkan kanak-kanak mencipta sesuatu yang hebat, yang barangkali kita tidak pernah terfikir pun sebagai seorang dewasa. Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan mengaturcara komputer, seperti membina aplikasi laman web, permainan komputer ataupun membina sebuah robot.

Anak-anak anda bukan sahaja dapat menjadi pengguna mahir teknologi, tetapi juga mampu menjadi pencipta teknologi yang dapat memberi manfaat kepada manusia lain.

belajar pengaturcaraan

Keenobot mampu merangsang anak-anak belajar pengaturcaraan dengan cara yang mudah dan menarik! / Foto Kredit: keenobot.com

4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi

Berbeza dengan kepercayaan umum bahawa pengaturcara komputer adalah seorang ‘nerd’, pengaturcaraan memerlukan setiap pengaturcara mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat baik. Hal ini kerana kebanyakan applikasi yang dibangunkan merupakan sebuah kerja berkumpulan dan bukannya individu.

Kerja berkumpulan sememangnya memerlukan para pengaturcara berinteraksi dengan cara yang berkesan.

5. Kerana ianya mudah

Ya, belajar pengaturcaraan adalah sangat mudah, dan percuma. Anak-anak anda tidak perlu menghadir kelas khusus ataupun kursus khas untuk mempelajari pengaturcaraan komputer, sebaliknya ianya boleh dilakukan di rumah. Sebagaimana mempelajari bahasa asing, ianya bukanlah perkara yang sukar dan mustahil.

Bezanya, anak-anak kita belajar bahasa komputer untuk berinteraksi dengan komputer. Seperti juga mempelajari bahasa asing, ianya lebih baik dilakukan ketika muda. Terdapat pelbagai sumber yang boleh digunakan untuk mempelajari pengaturcaraan di rumah seperti SCRATCH, Hour of Code dan juga Keenobot.

belajar pengaturcaraan

Foto Kredit: vitalhike.co.uk

Belajar pengaturcaraan bukan kerana hendak menjadi pengaturcara

Ini adalah salahtanggapan yang perlu diperbetulkan. Satu-satunya bukan sebab untuk anak-anak mempelajari pengaturcaraan adalah untuk menjadi pengaturcara.

Seorang pelajar muzik tidak semestinya belajar muzik untuk menjadi komposer, seseorang yang belajar menulis tidak semestinya mahu menjadi penulis novel dan begitu juga seorang yang belajar berlari tidak semestinya mahu menjadi Usain Bolt.

Apa yang penting, dengan mempelajari pengaturcaraan, anak anda bakal memperoleh seribu satu manfaat walaupun tidak menjadi seorang pengaturcara komputer.

*Sumber asal artikel daripada Syazwan Zamree melalui laman web keenobot.com.

[infobox title=’Tentang Keenobot’]

belajar pengaturcaraan keenobot logo

Keenobot ialah sebuah bongkah pembinaan robot dengan antaramuka pengaturcaraan visual. Keenobot membolehkan pengguna belajar pengaturcaraan dengan cara yang lebih pintar. Keenobot pantas dibina, mudah digunakan dan mampu dimiliki. [/infobox]

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×