Sihat

6 Kebaikan Senaman Angkat Kaki, Sambil Baring Pun Boleh Kempiskan Perut!   

3K
SHARES

Akhir-akhir ni ramai yang share cara senaman angkat kaki.

Walaupun pergerakan ini nampak ringkas, sebenarnya ia dapat memberi banyak kebaikan untuk kesihatan fizikal terutamanya pada bahagian abdomen, belakang dan pinggang.

Pernahkah anda cuba mengangkat kedua-dua kaki ketika baring?

Nampak macam senang tapi ia tidaklah semudah yang disangka.

Jom kita kenali kebaikan senaman angkat kaki.

Sambil baring atas katil pun boleh buat!

Cara Lakukan Senaman Angkat Kaki

  1. Baring pada permukaan rata dengan muka menghadap ke siling. Rapatkan kaki dan tangan ke sisi.
  2. Angkat kedua-dua kaki perlahan-lahan. Ketika mengangkat kaki, gunakan otot paha dan pastikan kaki lurus. Jika tak mampu luruskan kaki, mulakan dengan membengkokkan kaki dan perlahan-lahan luruskannya sebanyak mungkin.
  3. Anda juga harus pastikan belakang tidak dilenturkan ketika mengangkat kaki. Pastikan bahagian atas badan kekal di permukaan lantai.
  4. Angkat kaki sebanyak yang boleh. Jika mampu, angkatkan kaki sehingga tapak kaki dapat menghadap ke siling.
  5. Jika mahu pergerakan lebih mencabar, anda juga boleh angkat pinggung daripada lantai sambil menahan posisi kaki yang melurus.
    Perlahan-lahan turunkan kaki dan ulangi pergerakan beberapa kali.
  6. Untuk amalkan senaman ini, ulangi pergerakan 15 ke 20 kali sebanyak 3 ke 4 set. Jangan lupa untuk berehat selama 30 saat di antara set.

Senaman angkat kaki

Kredit Foto : gethealthyu.com

Kebaikan Senaman Angkat Kaki

1. Berkesan Dalam Melatih Banyak Otot Dalam Masa Yang Sama

Bagi yang sering kekurangan masa untuk bersenam, senaman angkat kaki merupakan antara pergerakan yang baik bagi melatih banyak otot dalam satu masa.

Dengan pergerakan ini, antara otot yang dapat dilatih ialah pada bahagian abdomen, hamstring, peha, pinggul dan belakang.

2. Dapat Mengecilkan Paha, Pinggul dan Mengempiskan Perut

Rutin mengangkat kaki yang fokus pada abdomen, pinggul dan paha ini pastinya dapat membantu anda untuk mengecilkan bahagian perut dan paha yang sering bermasalah.

Dengan mengulangi senaman ini, lemak pada bahagian tersebut dapat disingkirkan dengan lebih berkesan.

Senaman angkat kaki

3. Baik Untuk Membaiki Postur

Kehidupan ketika norma baru memerlukan kita menghabiskan banyak masa di hadapan komputer sama ada untuk bekerja atau belajar. Rutin ini menyebabkan kita mudah mengalami masalah sakit belakang.

Menurut Mayo Clinic, senaman yang fokus pada abdomen seperti senaman angkat kaki ini amat baik dalam melatih postur seseorang.

Dalam melatih abdomen, otot pada bahagian belakang dan pelvis juga menjadi semakin stabil dalam membaiki postur badan.

4. Mengurangkan Sakit Belakang

Menurut Princeton Univerity Athletic Medicine, walaupun senaman ini lebih fokus pada otot abdomen dan kaki, ia turut melatih fleksibiliti dan kekuatan otot pada bahagian tulang belakang.

Dengan mengamalkan senaman ini, bahagian belakang anda dapat dilindungi daripada kecederaan ketika bersenam atau ketika melakukan aktiviti harian.

Kredit Foto : orthoneuro.com

5. Meningkatkan Kestabilan Badan

Mungkin kita selalu terlepas pandang akan kepentingan kestabilan (stability) atau postur badan.

Badan yang stabil bukan sahaja penting untuk atlet, malah ia juga memainkan peranan penting semakin usia kita meningkat.

Senaman angkat kaki merupakan antara senaman yang baik bagi meningkatkan sokongan badan melalui otot abdomen, pinggul dan belakang.

Ini dapat meningkatkan kestabilan badan di samping mengelakkan anda daripada mudah terjatuh.

pantang ibu hamil

Foto Kredit: confusedparent.in

6. Membantu Membakar Kalori

Senaman dengan pergerakan miniman ini juga berkesan dalam membakar kalori berlebihan.

Secara purata, senaman angkat kaki yang dilakukan selama 10 ke 15 minit dapat membakar lemak sehingga 50 ke 65 kalori!

Baca juga :

Peluh Mencurah-curah! Ini 4 Kebaikan Senaman ‘Mini Stepper Exercise’ & Tips Menggunakannya

Tips Buat Senaman Angkat Kaki Dengan Berkesan

Untuk membakar lemak degil dengan lebih pantas, anda perlulah tambahkan rutin senaman terutamanya senaman intensiti tinggi serta amalkan pemakanan sihat.

Senaman angkat kaki akan jadi lebih berkesan jika dilakukan perlahan-lahan.

Ini dapat membantu badan anda untuk fokus pada latihan otot terutamanya pada bahagian perut, paha dan belakang.

Lakukanlah regangan badan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan otot.

Dengan begitu banyak manfaat kepada tubuh badan, senaman ini patut dimasukkan dalam rutin harian anda!

Lebih-lebih lagi ketika anda banyak meluangkan masa di rumah, senaman ini juga mudah untuk dilakukan tanpa memerlukan apa-apa peralatan dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.

Sambil baring dan tengok ‘phone’ pun anda boleh bersenam dan kempiskan perut dan kecilkan paha!

Jom kita amalkan senaman angkat kaki bermula hari ini!

Sumber rujukan :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×