Rakyat

Kasih Seorang Abang, Sanggup Pertaruh Nyawa Selamatkan 3 Orang Adik Dalam Kebakaran

361
SHARES

Pengorbanan dalam hubungan adik beradik adalah sesuatu yang tidak ternilai. Kadangkala pengorbanan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang senang dihadapi, perit untuk berkorban tapi demi adik beradik tercinta apa sahaja rela dilakukan. Pengorbanan itu juga tidak mengira usia dan tidak mengenal waktu.

Seperti perkongsian yang dikongsi oleh Mohd Firdaus Esa dilaman facebooknya, kisah mengenai kanak-kanak lelaki yang sanggup berkorban, malah sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi menyelamatkan adik adik dalam satu insiden. Hanya berusia 4 tahun ketika itu, pengorbanan Firdaus atau mesra dipanggil Daus menyentuh hati ramai orang.

Badan 60% Terbakar Ketika Kejadian

Daus yang hanya berusia 4 tahun ketika kejadian, sanggup menggadaikan nyawanya sendiri demi menyelamatkan adiknya yang berusia dalam lingkungan 8 bulan hingga 2 tahun ketika insiden rumah keluarga mereka terbakar. Kejadian yang berlaku 2 tahun lepas mengakibatkan badannya hampir 60% terbakar ketika kejadian.

Menginjak usia 6 tahun, anggota fizikal Daus tidak seperti rakan seusianya dan dia terpaksa hidup dalam keadaan cacat kekal. Tragedi itu pastinya akan terpahat sepanjang hayat buat dia dan keluarganya. Pengorbanan dan kasih sayang dia sebagai seorang abang buat adik adiknya itu tiada tolok bandingnya walau masih kecil, Bagai air dicincang tidak akan putus.

Netizen Tersentuh Dengan Pengorbanan Itu

Siapa sangka, dalam usia yang sekecil itu Daus sudah mempunyai rasa tanggungjawab yang sebegitu besar buat adik adiknya. Pengorbanan yang dilakukannya itu membuatkan netizen tersentuh juga berasa kagum dan hebat dengan Daus.

Seindah nama Syurgawi Jannatul Firdaus, Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal di atas pengorbanannya itu dan sama sama kita doakan agar Firdaus menjadi insan yang berjaya dan berguna kelak.

Sumber : Mohd Firdaus Esa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×