Teknologi

Kanak Kanak Target Utama, Cloudfare Perkenal Cara Untuk Sekat Kandungan Lucah!

49
SHARES

Pelbagai akses bebas yang diboleh diguna oleh pelbagai lapisan masyarakat ketika menggunakan internet. Dengan akses ini juga, mereka juga terdedah kepada pelbagai kandungan yang tidak sepatutnya. Ada sesetengah ibubapa, mereka membenarkan untuk anak mereka menggunakan internet sesuka tanpa memeriksa terlebih dahulu apakah yang dilayari oleh mereka. Tetapi sekarang ibubapa tidak perlu risau lagi jika anak mereka terlalu leka melayari internet, ini kerana applikasi untuk menyekat kandungan tidak sepatutnya telah diperkenalkan.

Aplikasi Percuma Untuk Sekuriti Ketika Melayari Internet

Cloudfare merupakan antara syarikat yang telah menyediakan pelbagai aplikasi sekuriti percuma buat semua pelayar internet. Terbaru mereka telah menyediakan DNS percuma yang diberi nama 1.1.1.1. Cloudfare telah memperkenalkan aplikasi bagi mengaktifkan penggunaan DNS pada peranti Android serta iOS. Pada tahun lepas, Cloudfare telah memperkenalkan perkhidmatan VPN tersendiri bagi tujuan sekuriti dan perlindungan privasi yang lebih bagus.

Konfigurasi DNS terbaru yang diberi nama 1.1.1.1 for Families ini juga disediakan bagi menyekar kandungan lucah dan menghalang daripada jangkitan malware. DNS 1.1.1.1 menawarkan penggunaan internet yang pantas dan selamat tetapi sebelum ini mereka tidak mensasarkan kepada penghalangan atau penapisan untuk kandungan yang tidak elok.

Fungsi Terbaru Bagi Menyekat Kandungan Lucah

DNS 1.1.1.1 yang paling terbaharu ni disediakan khusus buat orang dewasa dan ianya tidak boleh diakses oleh kanak kanak. Ianya juga boleh berfungsi untuk menyekat segala kandungan lucah yang dikeluarkan oleh sesetengah laman web yang tidak sepatutnya. Pengguna hanya perlu mengubah dua nombor DNS yang ada didalam tetapan peranti, penghala ataupun modem. DNS mempunyai dua bahagian iaitu DNS utama dan DNS kedua. Buat mereka yang menyukai konfigurasi ini, Cloudfare telah menyediakan tutorial cara pemasangannya di sini – Tutorial Penggunaan DNS 1.1.1.1 for Families.

Di masa akan datang, Cloudfare juga akan memperkenalkan penggunaan tambahan konfigurasi DNS buat perkhidmatan ini. Bagi pengguna yang ingin menggunakannya akan datang, anda semua boleh membuat secara spesifik halangan terhadap sesuatu, anda juga boleh menetapkan masa penggunaan dan menerima laporan tentang penggunaan internet. Berikut adalah konfigurasi DNS yang terbaru.

Menghalang Malware Sahaja
Primary DNS: 1.1.1.2
Secondary DNS: 1.0.0.2

Menghalang Malware & Kandungan Lucah
Primary DNS: 1.1.1.3
Secondary DNS: 1.0.0.3

Untuk kegunaan IPv6:

Menghalang Malware Sahaja
Primary DNS: 2606:4700:4700::1112
Secondary DNS: 2606:4700:4700::1002

Menghalang Malware & Kandungan Lucah
Primary DNS: 2606:4700:4700::1113
Secondary DNS: 2606:4700:4700::1003

Sumber : Cloudfare

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×