Hebahan

Seronoknya Bercuti Bersama Keluarga Di Kalumpang Resort dan Training Centre!

39
SHARES

Sempena acara Kalumpang Rainforest Jungle Run 2015 anjuran syarikat Green Leaf Event & Management, pihak Tourism Malaysia telah menganjurkan program 2 Hari 1 malam bersama Media & Bloggers di Kalumpang, Hulu Selangor.

kalumpang-run-2015

Pihak media SirapLimau.com telah dijemput untuk untuk bermalam di Kalumpang Resort & Training Centre untuk mencuba merasai sendiri pengalaman bermalam di resort yang serba indah ini bertempat di jalan Sg Inki, Kampung Pasir Putih, Kalumpang.

“Dekat Je”. Bukannya jauh pun!

kalumpang-resort-and-training-centre

Jika anda dan keluara inginkan suasana hutan yang sunyi dan dingin ditemani bunyi air sungai mengalir untuk lari dari kesibukan kota, Kalumpang Resort dan Training Centre adalah tempat paling sesuai untuk anda. Keluarga anda tidak perlu pergi jauh-jauh atau memanjat gunung untuk merasai suasana hutan dan air terjun semula jadi kerana semuanya telah tersedia di kalumpang resort!

Di sini juga anda dapat merasai sendiri makananana yang enak dan eksotik . Anda juga berpeluang untuk merasai menu yang unik seperti Sup Kalumpang rasa seperti Sup 3 Rasa, Ikan Masak Pedas, Nasi Herba , Nasi Lemak Sambal Awesome! Paling menarik Jus Markisa yang mempunyai khasiatnya tersendiri. Memang berbaloi!

makan-kalumpang-resort
Resort yang mempunyai lebih dari 52 unit chalet yang dibina dengan cantuman eleman semulajadi, tradisional dan moden pasti akan menambat hati anda. Malah, Kalumpang turut mempunyai penginapan asrama bagi pengunjung yang datang dalam kapasiti yang ramai dan tapak perkemahan bagi mereka yg sukakan aktiviti outdoor.

Di sini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti kafe, surau, tandas awam, mini zoo, taman permainan, kolam mandi, taman rekreasi, padang dan sebagainya. Dewan juga ada disediakan bagi untuk kemudahan latihan dan activiti pengunjung.Pihak media juga berpeluang melawat Pasir Puteh Resort dan Chalet Perindu yang indah dan menarik.

 

chalet-kalumpang-resort-tourism-malaysia

Selain itu kecantikan dan kemudahan chalet, yang menjadi tumpuan utama pengunjung tempatan dan luar negara adalah kerana keunikan sungai di resort ini. Keindahan sungai yang bersih dan sesuai untuk activiti perkelahan dan mandi manda bersama keluarga dan kawan-kawan.

Selain itu pihak resort juga ada menyediakan pelbagai aktiviti menarik dan berbagai activiti lasak seperti rentas halangan, tubing, abseliling, flying fox, kenderaan pacuan empat roda (4 wheel drive), paragliding dan lain-lain.

Pihak media juga dapat merasai sendiri activit sukan lasak seperti tiubing dan 4 wheel drive.
kalumpang-run-4x4

Untuk percutian bersama keluarga di sini memang sesuai sekali untuk membawa anak-anak kerana selain dari sungai terdapat kolam renang untuk kanak-kanak sama ada bermalam atau atau separuh hari.

mandi-sungai-kalumpang-resort

Bagi yang sukakan activiti yang lasak, Golden Package ‘Half Day Trip’ adalah paling sesuai. Anda akan dibawa untuk ‘Jungle trekking’ kemudian di ikuti dengan tubing. Selepas makan tengah hari (termasuk dalam pakej) di sambung dengan aktiviti Obstacle atau River Crossing.

Aktiviti terakhir ialah 4×4 Off Road. So saya cadangkan anda ambil package ini dengan bayaran hanya RM100/pas. Memang best! Jangan lepaskan peluang. “Dekat Je”

kalumpang-tourism-malaysia-dekat-je

[infobox title=’Tentang Kalumpang Resort & Training Center’]

Lot 426 & 427,  Jalan Sg Inki, Kampung Pasir Putih, Kalumpang,
44100 Kalumpang, Hulu Selangor
Tel : 019 – 558 3630 @ 019 598 9887
Facebook : Kalumpang Resort And Training Center
Website : http://www.kalumpangresort.com.my

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×