Hebahan

Sertai “Kalau Mak Menang” Dari Dutch Lady & Menangi RM3.6 Juta!

Mia Sara Nasuha, Duta Dutch Lady "Growing Up Milk"

Kalau Mak Menang

Hadiah Wang Tunai Lebih dari RM3.6 Juta untuk dimenangi Susu Untuk Membesar Dutch Lady

Untuk memenangi hadiah-hadiah wang tunai yang disediakan ini, anda hanya perlu pergi ke pasar raya besar, pasar raya atau mana-mana outlet runcit berhampiran dan beli pek susu untuk membesar Dutch Lady 1kg. Bakal pemenang bertuah yang menjumpai logo istimewa di dalam pek layak menerima hadiah tunai bernilai RM300 setiap seorang. Lebih dari 12,000 pek susu dengan logo istimewa tersebut boleh didapati di kedai-kedai berdekatan bermula dari 12 September 2014.

Dalam ucapannya sewaktu pelancaran kempen Kalau Mak Menang Dutch Lady, Wong Vai Chi, Pengurus Pemasaran Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) berkata, “Dutch Lady berbangga kerana menjadi salah satu pilihan utama oleh para ibu di Malaysia untuk diberikan kepada si manja mereka. Sokongan dan keyakinan dalam produk kami itulah yang mendorong kami untuk terus menyediakan khasiat terbaik untuk membantu kanak-kanak Malaysia membesar dan berkembang”.

“Selain dari menyediakan produk yang dipercayai, kami ingin selangkah kehadapan dengan merakamkan penghargaan kami kepada pelanggan setia di atas sokongan mereka dengan mengadakan kempen yang menyeronokkan ini. Jadi, jom lihat di dalam pek Dutch Lady 1kg yang anda beli mulai pertengahan September dan seterusnya. Anda mungkin berpeluang untuk memenangi wang tunai bernilai RM300,” kata Wong.

Untuk menarik perhatian pembeli, kempen Kalau Mak Menang Dutch Lady ini menampilkan anak-anak bijak yang meminum susu untuk membesar Dutch Lady dalam menonjolkan imaginasi mereka berkongsi apa yang mereka ingin lakukan dengan wang RM300 yang bakal dimenangi oleh ibu mereka. Idea-idea bijak mereka, yang selalunya dinyatakan dengan keikhlasan dan menarik, akan dikongsi menerusi iklan televisyen dan video di YouTube dalam mempromosikan kempen ini.

Sewaktu pelancaran kempen, duta jenama susu untuk membesar Dutch Lady dan bintang cilik tempatan, Mia Sara, bersama-sama dengan rakan-rakannya membungkus beberapa pek susu yang mengandungi logo istimewa tersebut ke dalam kotak dan sedia untuk diagih-agihkan ke kedai-kedai di seluruh negara. Mereka juga memberitahu kepada penonton apa yang ingin mereka lakukan sekiranya ibu mereka memenangi hadiah wang tunai RM300 ini, semasa temu bual secara langsung diadakan.

Sertai "Kalau Mak Menang" Dari Dutch Lady & Menangi RM3.6 Juta!

Sertai “Kalau Mak Menang” Dari Dutch Lady & Menangi RM3.6 Juta!

“Kalau saya dan papa menang, semestinya saya akan membeli mainan dan juga susu!” kata Mia. “Selebihnya, saya akan berikan kepada papa,” Mia menambah.

Sama seperti Mia, sekiranya menang RM300 ini, Neeresh Nair berumur lima tahun juga ingin menggunakan RM250 untuk membeli mainan… dan RM50 untuk mama membeli apa-apa disukainya!” kata Neeresh selepas mengira jumlah wang tunai RM300 tersebut.

Tammy Yong ingin ibunya menang. “Saya tidak mahu patung, tetapi saya lebih gemar dengan adanya set Lego,” kata Tammy yang berumur lima tahun. “Terdapat lima kosong dalam RM3,600,000! Jadi saya berharap mama akan menangi hadiah wang tunai ini!” katanya sambil tersenyum.

“Saya sangat gembira melihat kanak-kanak mempraktikkan imaginasi bijak mereka, dan itulah yang kami ingin tonjolkan dalam kempen Kalau Mak Menang Dutch Lady ini. Kreativiti ini bernilai jutaan ringgit, sama seperti apa yang akan diberikan dalam kempen ini,” kata Wong sambil tersenyum.

Wong juga menambah bahawa syarikat komited dalam menyediakan khasiat terbaik untuk kanak-kanak Malaysia melalui pemahaman yang lebih baik akan keperluan khasiat sebenar dan status kesihatan mereka. “Pada tahun 2009, FrieslandCampina, iaitu syarikat induk Dutch Lady Malaysia memulakan South East Asian Nutrition Surveys atau SEANUTS di empat buah negara termasuk Malaysia. Dengan hasil kajian ini, Dutch Lady Malaysia lebih komited dalam memberikan khasiat nutrisi yang baik kepada kanak-kanak,” tambahnya.

Jangan ketinggalan peluang untuk memenangi hadiah wang tunai ini! Perhatikan trak Dutch Lady yang akan menghantar lebih dari 12,000 pek bertuah dengan lebih RM3.6 juta wang tunai di dalamnya ke kedai-kedai di seluruh negara mulai 12 September 2014. Tempoh penebusan hadiah wang tunai ini akan berakhir pada 31 Disember 2014. Lihat maklumat terperinci tentang penebusan di www.smartmoments.com.my.

 

Susu Untuk Membesar Dutch Lady

Susu untuk membesar Dutch Lady terdapat dalam tiga varian, iaitu Dutch Lady 123 Growing-Up Milk untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun, Dutch Lady 456 Growing-Up Milk untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun dan Dutch Lady 6+ Growing-Up Milk untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke atas.

Dutch Lady Growing-Up Milk 123 dan 456 terdapat dalam tiga perisa yang penuh khasiat – iaitu biasa, madu dan coklat. Manakala, Dutch Lady Growing-Up Milk 6+ pula terdapat dalam dua perisa, iaitu biasa dan coklat. Perisa biasa dan madu tidak mengandungi sukrosa, manakala perisa coklat adalah kurang sukrosa*.

Susu untuk membesar Dutch Lady disediakan dengan formulasi yang telah dipertingkatkan dan mempunyai lima kali lebih DHA* dan khasiat lain yang membantu menyokong perkembangan keseluruhan kanak-kanak. Selain daripada itu, susu membesar Dutch Lady juga mengandungi kalsium, zat besi, SA, AA, Omega 3 dan 6 yang tinggi.

*Berbanding formulasi susu tepung sebelum ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×