Famili

Mungkin Kecil, Tapi Ini 5 Perkara Yang Rakyat Malaysia Lakukan Untuk Jadikan Kita Komuniti Yang Kuat!

1.6K
SHARES

Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara kita, tak dinafikan ramai yang terjejas teruk dari segi kewangan, kehidupan, tak kurang juga yang kehilangan kerja dan punca pendapatan.

Namun, di sebalik semua ini, rakyat Malaysia tetap kuat dan bekerjasama dalam menjaga dan membantu antara satu sama lain, sekaligus membuatkan beban ini sedikit sebanyak dapat diringankan.

Kali ini, kami kongsikan antara perkara-perkara yang rakyat Malaysia lakukan sepanjang waktu sukar ini yang mungkin nampak kecil tetapi besar impaknya!

“LUANGKAN WAKTU UNTUK MEREKA YANG MEMERLUKAN” – DR.MADHU

Walaupun sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor, Dr. Madhusudhan Shanmugam sanggup meluangkan masanya untuk membantu mereka yang memerlukan penjagaan kesihatan dan khidmat nasihat mengenai pemakanan dengan memulakan klinik percuma iaitu Klinik Bergerak Teddy.

Baginya, kita kena ada niat yang baik dan hati yang ikhlas untuk membantu orang, bukannya kerana nak kejar duit atau populariti. Bukan itu saja, dengan Klinik Bergerak Teddy ini juga, Dr. Madhu telah membuka peluang kepada para sukarelawan yang membantu untuk memperbaiki diri.

Menurutnya, tak kira apa pun yang diusahakan, ia harus memberikan impak kepada masyarakat. Beliau berharap, dengan usaha ini, mereka juga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang.

“HULURLAH LEBIH SEDIKIT DAN SELALU UCAPKAN TERIMA KASIH” – LINA

8 kuih-muih yang menjadi buruan di bazar Ramadan - Traveloka Malaysia Blog

Blog Traveloka

“Kalau ada peniaga-peniaga kecil yang berniaga di tepi jalan, saya pasti akan berhenti dan beli daripada mereka. Lepas membeli, saya akan bayar lebih sedikit daripada harga makanan tersebut. Walaupun tak banyak, tetapi saya harap ia akan membantu mereka di waktu yang sukar ni”.

“Begitu juga dengan rider penghantar makanan. Jangan lupa untuk ucapkan terima kasih dan hargai perkhidmatan mereka. Kadang-kadang, dengan ucapan terima kasih tu boleh menceriakan hari mereka dan memberikan semangat untuk mereka lebih kuat mencari rezeki”.

“TAK LOKEK BERKONGSI ILMU UNTUK ORANG LAIN” – DR.YASMIN

Tak berkira dalam berkongsi ilmu untuk kebaikan komuniti, Dr. Yasmin, seorang ibu dan pelindung alam sekitar ini hanya punya satu misi ketika membangunkan EcoKnights iaitu untuk menyediakan kehidupan yang lestari untuk semua orang.

Bagi Dr. Yasmin, kelestarian bukan hanya untuk alam sekitar sahaja, ia merangkumi segala yang kita guna pakai, cipta, termasuklah makanan yang memberikan kekuatan dan tenaga untuk meneruskan kehidupan.

Matlamatnya adalah untuk menjadi contoh kepada masyarakat, mengamalkan apa yang dipelajari dan meningkatkan kemampuan mereka unuk membawa lebih banyak manfaat. Apabila seseorang itu berkembang maju, kekuatannya menjadi ikutan supaya kita dapat melakukan yang lebih baik bersama.

“RAJIN-RAJIN JENGUK JIRAN TETANGGA” – IZREEN

8 Perangai 'Pelik' Jiran Yang Boleh Bikin Panas! - Mingguan Wanita

Mingguan Wanita

“Dulu saya tak berapa ambil tahu dengan hal jiran tetangga. Tapi dengan situasi sekarang ni, saya sedar yang kita tak boleh pentingkan diri dan harus sama-sama kuat untuk membantu orang yang lebih memerlukan,”

“Memandangkan jiran saya dah berusia dan hanya tinggal berdua bersama isterinya, jadi agak susah dan bahaya untuk mereka keluar ke mana-mana. Jadi, setiap kali saya masak, saya pasti akan hantarkan sedikit makanan kepada mereka dan tawarkan diri untuk membeli barangan keperluan rumah serta ubat-ubatan mereka. Sekurang-kurangnya, takdelah mereka terdedah dengan penyakit di luar sana,”

“JANGAN LUPA BERSEDEKAH WALAUPUN HANYA RM1” – AMIN

Orang Suka BERSEDEKAH, Janji Allah Harta Tak Akan Berkurang Tetapi Makin Bertambah! - Mingguan Wanita

Mingguan Wanita

“Saya bersyukur masih mempunyai pekerjaan di saat ada orang lain yang kehilangan kerja. Walaupun gaji saya dipotong, tapi saya masih mampu untuk makan dan menampung kehidupan, berbanding orang lain yang langsung tiada pendapatan, apatah lagi untuk menyara keluarga.

“Sebab itu, apabila ternampak saja berita atau kisah orang yang memerlukan bantuan, saya pasti akan hulurkan sumbangan tak kisahlah RM1 atau RM10, kerana saya faham betapa sukarnya apabila tiada wang untuk meneruskan hidup. Saya percaya, apabila kita tolong orang, hidup kita juga akan dipermudahkan”.

Lepas baca semua kisah ni, admin kagum dengan sikap prihatin rakyat Malaysia ni. Walaupun ramai yang terjejas, tetapi masih mampu untuk membantu orang lain, sekaligus menjadikan rakyat kita sebagai komuniti yang kuat di waktu yang sukar ini.

Baru-baru ini, Dutch Lady telah melancarkan kempen “Strong Me, Stronger Us” bertujuan untuk memberi inspirasi dan semangat kepada kita semua untuk menjadi komuniti yang kuat sama ada dari segi fizikal atau emosi. 

Kejayaan lebih mudah apabila dicapai bersama. Dutch Lady percaya bahawa dengan pemakanan, sokongan dan dedikasi yang tekad, setiap orang berkemampuan untuk menjadi lebih baik dengan kebaikan susu yang berkhasiat.

Apabila seseorang itu kuat dari segi mental dan fizikal, secara tak langsung mereka dapat memberi inspirasi untuk membantu orang lain menjadi lebih kuat.

SUSU DUTCH LADY PADAT DENGAN PROTEIN DAN KALSIUM, MEMBANTU MEMBINA OTOT DAN TULANG YANG KUAT!

Dutch Lady berharap, dengan usaha ini, ia dapat memberi inspirasi kepada semua orang untuk menjadi komuniti yang lebih bersatu dan mendorong rakyat Malaysia untuk terus kuat antara satu sama lain di waktu pandemik ini.

Untuk maklumat lanjut tentang #DLStrongMeStrongerUs , layari laman web Dutch Lady.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×