Kini Trending

Jom Jadi Superhero Anak-Anak Dengan Memastikan Simpanan Pendidikan Mereka Mencukupi!

29
SHARES

Ada banyak cara untuk ambil hati anak-anak, antaranya luangkan masa berkualiti bersama, ambil tahu akan perkembangan mereka dan ucapkan kata sayang kepada mereka setiap hari.

Kami yakin semua ibu bapa mahu jadi yang terbaik untuk anak-anak mereka, kalau boleh nak jadi superhero yang selalu menceriakan hari anak-anak dan berusaha sekuatnya bagi memastikan mereka mempunyai masa hadapan yang cerah.

Masa depan yang cerah mulanya daripada pendidikan, kami kongsikan bagaimana anda boleh jadi superhero mereka untuk cemerlang dalam pelajaran!

Bantu anak-anak kurangkan kebergantungan kepada pinjaman

Antara langkah paling mudah untuk jadi superhero kepada anak-anak adalah dengan mempunyai perancangan kewangan buat pendidikan tinggi mereka, melalui cara ini ibu bapa dapat mengurangkan kebergantungan anak-anak kepada pinjaman.

Tak pasti platform mana yang sesuai dan selamat untuk menyimpan buat pembelajaran anak-anak anda? Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kan ada!

PTPTN mengambil berat akan perihal pendidikan anak-anak anda, malah baru-baru ini PTPTN telah melancarkan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 bersempena dengan sambutan Hari Tabungan Sedunia.

BMS 2023 merupakan program signature PTPTN dalam memartabatkan amalan penabungan dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

BMS 2023 mengangkat tema ‘Robotik : Ke arah Transformasi Dunia Pendigitalan’ dengan mengekalkan tagline Jom Jadi Superhero Anak Anda.

Konsep Dunia Pendigitalan dipilih kerana ia selari dengan agenda pendigitalan PTPTN yang mahu menggalakkan penggunaan aplikasi myPTPTN kepada para peminjam serta pendeposit Simpan SSPN untuk urusan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Simpan SSPN bukan sekadar akaun simpanan biasa tau, ia menawarkan banyak keistimewaan serta manfaat seperti perlindungan takaful ke atas pendosit, , dividen yang kompetitif dan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun.

Ada juga Geran Sepadan bernilai RM10,000 disediakan bagi keluarga yang layak. Paling pentiang, Simpan SSPN adalah patuh syariah dan merupakan simpanan dijamin Kerajaan.

Ketahui lebih lanjut tentang Simpan SSPN di siri jelajah BMS 2023

Buat anda yang berminat nak tahu dengan lebih lanjut mengenai SIMPAN SSPN, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke siri jelajah BMS 2023 di 14 negeri di lokasi terpilih merentasi seluruh Malaysia.

Ada pelbagai aktiviti untuk disertai ibu bapa dan anak-anak seperti Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Pertandingan Robotik Simpan SSPN (Inovasi), Happy Hour, Jenga Family Competion Simpan SSPN, Passport BMS, Kuiz Kahoot! Simpan SSPN dan banyak lagi!

Paling dinanti-nantikan mestilah Cabutan BMS 2023 yang menawarkan wang tunai berjumlah RM75,000 kepada seramai 66 pemenang dan yang paling best PTPTN juga turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! yang merupakan kempen tahunan iaitu Cabutan Siri WOW! Superheroes dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah hampir RM50,000 disediakan untuk 23 orang pemenang. Apa tunggu lagi korang, ayuh sama-sama kita meriahkan lagi BMS 2023.

Layari laman web Rasmi PTPTN di SINI untuk info tambahan atau muat turun aplikasi myPTPTN di SINI untuk  maklumat yang lebih cepat, mudah dan selamat!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×