Asuh

Bila Anak Minta Set Mainan Kereta Api Mak Ayah Kena Bagi, Sebab…

28
SHARES
jenis mainan anak

Dalam proses anak membesar sudah pasti mereka akan ‘dimewahkan’ dengan barang permainan yang pelbagai. Sampai penuh satu bilik! Tapi, perasan atau tidak dalam kalangan anak-anak kita yang lebih gemarkan jenis permainan tertentu seperti set kereta api. Rupa-rupanya banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh anak-anak yang gemarkan set permainan kereta api dan ini sebab kenapa anak minta set kereta api, kita kena bagi.

Baca juga: Gara-Gara Nak ‘Selamatkan’ Ultraman, TV Yang Retak!

SEBAB KENAPA ANAK MINTA SET KERETA API KITA KENA BAGI?

Berikut adalah beberapa sebab mengapa kalau anak minta nak set kereta api ni kita kena bagi. Bukan saja-saja depa nak main tau. Ini 6 sebabnya:

1. Kemahiran motor halus (Fine motor skills)

Membina trek, menyusun dan menggerakkan kereta api dan mengoperasikan jambatan adalah sangat bagus untuk kemahiran motor halus. Membangunkan kemahiran motor halus pada usia muda sangat penting dan bermanfaat untuk anak-anak. Kemahiran tersebut sangat diperlukan untuk menulis, melukis, mengikat tali kasut anda dan menggunakan pisau dan garpu.

2. Penyelesaian masalah (Problem solving)

Kanak-kanak belajar membina trek melalui percubaan dan kesilapan dalam mencari cara membuat trek lengkap yang dapat dilalui kereta api secara berterusan. Kemampuan untuk melihat A dan mengaitkannya dengan B adalah kemahiran sepanjang hayat namun ia perlu dipelajari dan dipraktikkan.

3. Kemahiran perbendaharaan kata dan komunikasi (Vocabulary and communication skills)

Pretend play atau bermain olok-olok bukan sahaja meningkatkan perbendaharaan kata melalui penerangan dan penceritaan. Tetapi kanak-kanak juga belajar kemahiran penjujukan yang berharga semasa mereka bermain.

4. Belajar mengenai konsep (Learning about concepts)

Terdapat banyak konsep yang dapat dipelajari oleh anak-anak ketika mereka bermain dengan kereta api. Kita boleh bercakap mengenai masa lalu, masa depan dan masa kini. Belajar mengenai berulang-ulang, melalui atau sekitar, kiri dan kanan dan membilang.

5. Kreativiti dan imaginasi (Creativity & Imagination)

Kelebihan set kereta api ni adalah anak-anak dapat memasangnya dengan cara yang berbeza setiap kali mereka bermain. Set kereta api juga sesuai untuk bercerita secara imaginatif dan boleh digabungkan dengan banyak mainan lain selama berjam-jam bermain di dunia kecil.

6. Kemahiran motor kasar (Gross motor skills)

Anak-anak juga harus belajar tentang berapa banyak ruang yang mereka sendiri ambil untuk bermain dengan jayanya tanpa melanggar trek. Mereka akan banyak berjengket, merangkak, melompat dan sebagainya bagi mengelak trek rosak.
Begitulah.

Aku rasa memang set train ni adalah toys yang paling banyak ada dirumah selain lego. Anak-anak sangat enjoy main benda ni.Boleh beli di Shopee: https://shp.ee/7vhkef3. Tapi lepas tu kalau depa tak kemas, aku yang sakit jiwa. Hmmm.

Sumber: Khairul Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×