DIY & Kraf

Jenis Extension Wire Yang Sesuai & Tak Sesuai Dipasang Di Rumah, Elak Kebakaran!

786
SHARES

Setiap rumah pasti akan mempunyai ‘extension wire’ bagi menghubungkan peralatan elektrik supaya boleh digunakan secara banyak dalam masa yang sama. Namun, tahukah anda bahawa ada sesetengah plug dan wire yang tidak sesuai digunakan dan menjadi punca kebakaran rumah? Oleh itu, ini perkongsian jenis extension wire yang sesuai dan tak sesuai dipasang di rumah bagi mengelakkan electric shock dan kebakaran!

Baca juga: Cara Buat Digital Stamp Guna Microsoft Word, Senang!

JENIS EXTENSION WIRE YANG SESUAI & TAK SESUAI DIPASANG, ELAK KEBAKARAN!

Atas permintaan & Ramai yang masih was-was so saya share sekali lagi. Info penting..Hello selamat sejahtra geng T@hi.. selain daripada pos gambar projek..hari ni saya nak share sedikit tentang keselamatan. Hari ni saya share tentang peralatan ( wire penyambung atau adaptor.) Untuk ibu bapa atau pengguna sila ambil perhatian.

1.Gambar A ( extension wire) wire penyambung

Benda ni sangat practikal digunakan di rumah. Mudah senang dan murah..akan tetapi adakah anda tahu ianya sesuai dengan alat elektrik yang anda pakai. Wire penyambung ini hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara atau kerja berpindah.

jenis extension wire

Penting:

1.Tidak sesuai untuk peti sejuk, alat penghawa dingin, oven , microwave , water heater.

2. Pastikan wayar ditarik semua daripada kotaknya..inilah adalah untuk mengelakkan rintangan( resister) aliran elektrik akan tersekat..tanpa berbuat begitu bil elektrik akan melambung. Lebih parah lagi boleh mengakibatkan kebakaran disebabkan litar pintas ( shock circuit)

2.Gambar B : 3 pin soket tambahan ( 3pin Adaptor)

Benda ni juga hanya boleh digunakan untuk kerja-kerja sementara. Tidak sesuai untuk Tv, radio, computer, peti sejuk dan lebih-lebih lagi peralatan elektronik digital. Kalau boleh beli Adaport ..ianya seakan akan sama cuma ia dikawal oleh fuse & cip elektronik di dalamnya. Jika berlaku kilat atau powersurge (arus mengejut) fuse Adaport akan putus & menyelamatkan peralatan elektrik..

3.Wire cord tidak kemas

Pastikan wire anda tidak seperti gambar 3. Ini adalah kerana wire anda tidak selamat dan tidak kukuh jika ianya ditarik.. pastikan cuma salutan luar ..

Terakhir, jangan sekaki beli barangan elektik yang murah di kedai discount..ini adalah ianya tidak diuji, tidak diluluskan & tidak mengikut ISO, oh ya…vacuum kalau guna kena tarik habis wirenya..kalau tak vacuum mudah panas dan rosak.. Akhir sekali UTAMAKAN KESELAMATAN.

Sumber: James Hukala

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×