Dapur

10 Jenis Buah Durian Popular Di Malaysia, Yang Mana Satu Paling Sedap?

47
SHARES
JENIS DURIAN

Musim Raja Buah sudah tiba dan pastinya pelbagai jenis durian dijual oleh peniaga di luar sana. Setiap buah ini memiliki harga tersendiri kerana memiliki rasa yang berbeza-beza.

Sekiranya anda pencinta Raja Buah ini, perlu ketahui jenis durian popular di Malaysia agar tidak tersalah beli. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Pilih Buat Durian Isi Kuning & Masak Elok, Barulah Puas Makan!

JENIS DURIAN POPULAR DI MALAYSIA, SEDAPNYA

JENIS DURIAN

1. Kampung

Durian kampung ini biasanya popular di sekitar Melaka dan Perak. Ciri-cirinya adalah mempunyai pelbagai bentuk dan rupa serta rasa yang tidak konsisten.

Durian ini dijual dengan harga paling murah dan mudah untuk dijumpai.

2. D7

Durian D7 berasal dari Kajang dan ciri-ciri buah ini bersaiz sederhana besar serta berbentuk lonjong. Kulit berwarna kuning dan isinya sangat berlemak.

3. D96

Buah sederhana besar ini berwarna gangsa dan isinya tebal serta rasa lemak manis.

4. D168/IOI

Jenis buah durian D168 atau IOI popular di Muar Johor. Buah bersaiz sederhana ini bulat dan kulitnya berwarna hijau perang.

Isi buah durian jenis ini sedikit oren dan memiliki rasa berlemak serta sedikit pahit.

5. D197 – Musang King

Musang King antara jenis buah durian yang popular di Malaysia dan diminati ramai. Hal ini kerana isinya memiliki rasa yang manis, sedikit pahit dan berlemak.

Saiz buah durian ini sederhana besar, bulat dan kulit berwarna hijau perang. Lebih menarik lagi, terdapat garisan bintang 5 di bahagian bawah pangsa.

6. D2 Dato’ Nina

D2-Dato’ Nina berasal Ayer Molek, Melaka dan buah ini bersaiz sederhana besar. Isi buah durian sedikit tebal dan berwarna kuning keemasan.

7. D24 – Sultan

Jenis durian di Malaysia yang popular seterusnya adalah D24 – Sultan. Isi tebal dan berwarna serta rasa yang manis berlemak membuatkan ia diminati ramai.

8. D160 – Tekka

Tekka mempunyai bentuk besar dan bujur panjang. Di tengah pangsa durian, terdapat sedikit ruang dan ini membuatkan ia berbeza dengan buah lain.

Rasanya sedikit pahit berlemak dan isi berwarna oren.

9. D198 – Golden Pheonix

Jenis buah durian yang selanjutnya adalah Golden Pheonix. Buah sederhana besar, bujur, pangsa nipis dan isinya berwarna kuning pucat.

Isi durian ini memiliki rasa manis dan sedikit pahit serta berlemak.

10. D175 – Udang Merah

Jenis durian popular di Malaysia yang terakhir adalah Udang Merah. Buah sederhana besar dan bujur ini, memiliki isi yang tebal, lembut, lemak berkrim serta manis.

Baca juga: Maksud Nombor Pada Bungkusan Daging Beku, Kena Pilih Ikut Jenis Masakan

Sumber: Facebook GERAI HANG Durian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×