Dapur

Cara Simpan Lebihan Durian Yang Banyak, Tahan Sampai Setahun Elok Lagi!

437
SHARES
cara simpan durian

Seperti yang kita semua tahu, sekarang merupakan musim yang ditunggu-ditunggu oleh peminat raja buah iaitu durian. Pergi sahaja ke mana pun, pasti kita akan lihat lambakan jualan buah durian sampai pening kepala nak pilih yang mana satu. Tetapi, pasti ramai dalam kalangan anda yang tertanya-tanya bagaimana cara simpan durian supaya tahan lebih lama. Jom cuba cara ini!

Baca juga: ‘Hantu’ Durian Kena Tahu 4 Tips Basic Pilih Durian Supaya Dapat Isi Penuh & Lemak

CARA SIMPAN DURIAN SAMPAI SETAHUN ELOK LAGI

1.Sediakan plastik wrap dan bekas plastik

cara simpan durian

2.Buka durian dan ambil sepangsa, lalu bungkus atau balut isi durian dengan kemas. Ikut suka banyak mana yang dikehendaki.

cara simpan durian

3.Kemudian, letak dalam bekas plastik, tutup dan simpan dalam freezer.

cara simpan durian

Dengan cara ini, makan durian lebih mudah kerana anda boleh ambil durian dan makan tanpa perlu keluarkan semua dari freezer.

cara simpan durian

Paling penting sekali adalah, durian yang dibalut begini tidak akan berbau. Paling penting adalah durian ini akan tahan lebih lama!

Buat ‘hantu’ durian semua, boleh cuba cara ini okay!

Sumber: Nor Tipah Zakaria

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×