Dapur

Jangan Dibuang Biji Durian Selepas Makan, Boleh Dibuat Kerepek Rangup!

550
SHARES

“Dah alang-alang makan durian ni, biji tu jangan dibuang sebab boleh buat kerepek..”

Pernah dengar atau makan kerepek biji durian tak? Mungkin ramai dalam kalangan kita yang masih tak tahu bahawa biji durian ini boleh dijadikan snek seperti kerepek. Nampaknya, tak ada lah kita buang biji durian selepas makan macam itu sahaja kan? Ada juga manfaatnya boleh dijadikan makanan jenis lain. Jom cuba!

KEREPEK BIJI DURIAN

1. Rebus terlebih dahulu biji durian ni.

2. Kemudian buang kulit biji durian ni..kalau tak nanti kerepek anda akan pahit.

3. Hiris biji durian ni nipis-nipis tau..lepas tu goreng.

4. Goreng dalam minyak yang panas tau..jangan terlalu panas, nanti tak pasal-pasal jadi kerepek hangit.

5. Taraaa! Dah siap goreng dahh..tunggu sejuk sikit, boleh ngapp terus. Tak nyempat nak buat kudap depan tv rasanya, sebab ramai peminat.. nak best blend gula, tabur gula sikit.

Sumber : Miela Syameela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×