Kini Trending

Jangan Terlepas Saksikan 3 Filem Raya Ini Secara Percuma Di Tonton CINEMA!

64
SHARES

Bila sebut mengenai Hari Raya, pasti kita terbayangkan kuih raya, keluarga berkumpul di kampung, mercun dan macam-macam jenis makanan dihidangkan di rumah bukan? Tapi apa lah makna raya tanpa havoc dan gelak tawa orang ramai. Jadi, apa kata kalau kita kongsi gelak tawa itu bersama keluarga sambil menonton filem menarik sempena Hari Raya!

Kalau anda mahu tahu, tonton CINEMA ada 3 filem baharu yang anda boleh tengok secara percuma sempena raya ini! Jom tengok filem apa yang menarik tersebut.

Baca juga: #SeikhlasHati Sajikan Pelbagai Rancangan Menarik Di TV3 & TV9!

SAKSIKAN 3 FILEM RAYA SECARA PERCUMA DI TONTON CINEMA!

1.Bini-Biniku Lockdown

Filem ini mengisahkan bagaimana Azim handle empat orang isteri nya ketika mereka semua terperangkap dalam satu rumah semasa lockdown.

Dibintangi oleh Dato’ Afdlin Shauki, Nasha Aziz, Nadia Brian, Datin Paduka Eina Azman, dan Sangeeta Krishnasamy.

Boleh ke Dato’ Afdlin Shauki dapat mengelakkan isteri-isterinya mengetahui yang dia sudah beristeri empat!

2.Artis Pujaanku Mai Beraya

Satu kampung kecoh dan teruja apabila Zain membawa pulang rakannya, artis paling popular Malaysia, Shafinaz untuk merasai pengalaman pertama kali sambut Ramadhan di luar bandar setelah bertahun di luar negara.

Dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Emma Maembong, Sheila Mambo, Hairi Safwan, Faezah Elai, Hattan,Sherry Al jefri, ada banyak suasana lawak dan ceria dalam filem ini!

Katanya, Zain ada perasaan pada Syafinaz dan cuba untuk meminang Syafinaz pada malam raya.

3.Hantu Karaoke

Kisah komedi tentang Abu Bakar yang pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan kesedihannya, bertemu dengan Cumi, seorang hantu! Abu Bakar terkejut menjadi takut dan cuba lari tapi Cumi menahan dan merayu untuk membantu dia untuk menyempurnakan mayat Cumi.

Dibintangi oleh Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri, Nazeera Sardi, Adeline Tsen

Semua filem ini akan tersedia ada bermula pada Hari Raya Pertama di tonton CINEMA dan YouTube TV3 secara percuma!

Untuk keterangan lanjut berkaitan filem tonton CINEMA, layari aplikasi menerusi telefon pintar, laman sesawang rasmi tonton CINEMA cinema.tonton.com.my, Facebook @tontonmy, Instagram (IG) @tontoncinemamy, TikTok dan Twitter @tontonCINEMA.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×