Kini Trending

6 Pelakon Korea Kegilaan Wanita, Yang Mana Satu ‘Oppa’ Pilihan Hati Anda?

51
SHARES
kdrama best

Fenomena drama atau filem Korea memang tidak boleh dinafikan lagi. Bukan sahaja menampilkan konsep filem dan drama yang mempunyai jalan cerita yang menarik, malah para pelakonnya juga mempunyai pakej yang lengkap dari segi rupa. Inilah yang dipanggil dengan gelaran ‘Oppa’ oleh gadis-gadis yang meminati filem dan Kdrama, kami senaraikan antara pilihan terbaik OPPA yang anda boleh tengok di TONTON CINEMA.

Baca juga: Cara Main Full Set Squid Game Di Telefon Pintar, Memang ‘Berpeluh’!

PILIHAN TERBAIK OPPA DI TONTON CINEMA

Bukan sahaja filem di Tonton CINEMA, kami juga sajikan beberapa info menarik mengenai OPPA kesayangan anda. Suka yang mana satu?

1. Soong Joong Ki

Kredit: Soompi

 

Seperti yang kita tahu Joong Ki telah menyebut beberapa kali bahawa dia tidak menggunakan media sosial. Dia mengatakan bahawa dia tidak pandai berteknologi, dan pernah sekali dalam talk show, dia ditanya bagaimana peminatnya dapat menghubunginya di media sosial, dan dia mengatakan hanya meninggalkan pesan atau pertanyaan di akaun Lee Kwang Soo yang merupakan kawan baiknya. Comel! Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkahwin dengan Song Hye Kyo dan digelar ‘Soong Soong Couple’.

2. Park Seo Joon

Kredit: TheSmartLocal

Memecahkan ‘skala seksi’ lagi, Park Seo Joon mengejutkan orang ramai apabila boleh berbahasa Sepanyol di dalam sebuah rancangan realiti, Youn’s Kitchen. Rancangan ini berkonsepkan penyertaan sekumpulan selebriti Korea yang pergi ke negara asing untuk mengendalikan restoran pop-up. Bukan itu sahaja, jika anda pernah menonton filem Parasite, pasti ada perasan juga cameo beliau dalam filem tersebut.

3. Gong Yoo

Kredit: Seat42F

Walaupun sememangnya sudah menjadi kegilaan ramai di Korea, beliau mula memecah rekod populariti antarabangsa dengan peranannya yang membintangi Train to Busan. Hasilnya membintangi filem blokbuster zombie Train to Busan (2016), dapat pengiktirafan ditayangkan di Festival Filem Cannes. Thriller yang menyentuh hati memecahkan rekod minggu pembukaan di Korea dengan lima juta tiket terjual, dan ia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa. Bukan itu sahaja, Gong Yoo juga merupakan rakan baik kepada pelakon kacak, Lee Dong Wok!

4. Hyun Bin

Kredit: otakukart.com

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon kacak Hyun Bin yang popular dengan drama My Sassy Girl dan Crash Landing On You ini bukan? Beliau pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bintang Song Hye Kyo. Hyun Bin dan Song Hye Kyo pernah membintangi drama 2008, The World That They Live In – atau dikenali sebagai Worlds Within. Kedua-duanya mula berpacaran setelah menjalani penggambaran drama. Malangnya, mereka memutuskan untuk berpisah setelah dua tahun kerana jadual yang bertentangan. Kini, Hyun Bin sedang hangat bercinta dengan Son Ye Jin.

5. Ji Chang Wook

Kredit: Soompi.com

Adakah anda tahu bahawa pelakon berbakat ini boleh bertutur dalam bahasa Mandarin? Chang Wook bukan sahaja beraksi dalam drama Cina bertajuk The Whirlwind Girl 2, dia juga bahkan melancarkan mini album bahasa Cina, Be With You di mana dia turut menyanyikan tiga lagu dalam bahasa Mandarin. Bukan itu sahaja, dia juga telah  muncul dalam drama bahasa Cina bertajuk iaitu Mr Right.

6. Jo Jung Seok

Kredit: Soompi.com

Jo Jung Suk menempah namanya sebagai pelakon berbakat menerusi filem Architecture 101. Kalau anda pernah menonton drama Hospital Playlist, pasti anda juga kenal dengan kreadibiliti dia sebagai pelakon serba boleh dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai bakat dalam nyanyian tau!

Tapi, dekat mana nak tengok semua Oppa yang menjadi dambaan wanita ini?

Jadi, jangan lupa untuk layari laman Tonton CINEMA supaya anda dapat menonton filem pilihan terbaik OPPA kegemaran anda. Ada pilihan filem seperti ExitTrain to BusanMidnight RunnersBattleship IslandThe RampantFabricated City, dan banyak lagi. Memang boleh tengok dari pagi sampai malam sambil ‘cuci mata’ tengok Oppa yang kacak-kacak kan?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×