Kini Trending

#SeikhlasHati Sajikan Pelbagai Rancangan Menarik Sepanjang Raya Di TV3 & TV9!

5
SHARES

Nampaknya cepat betul masa berlalu dalam bulan Ramadan dan kita sudah hampir untuk menyambut bulan Syawal pula. Sambutan Syawal kali ini ternyata akan berbeza dan lebih meriah kerana sudah dua tahun kita tidak dapat beraya seperti selalu kerana penularan wabak Covid-19.

Jadi, bagi memeriahkan lagi suasana Syawal Aidilfitri anda, TV3 & TV9 tidak ketinggalan untuk menyajikan anda pelbagai rancangan menarik untuk anda tonton di samping keluarga. Bertemakan slogan ‘Seikhlas Hati’, berikut merupakan senarai program yang membariskan artis-artis popular kesayangan anda untuk menceriakan lagi sambutan Aidilfitri 2022!

Baca juga: Tema #SeikhlasHati Sajikan Pelbagai Rancangan Menarik Sepanjang Ramadan Di TV3 & TV9

SEIKHLAS HATI SAJIKAN RANCANGAN MENARIK RAYA!

Gandakan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda bersama-sama dengan barisan selebriti popular tanah air yang menjayakan program-program hiburan di TV3 seperti Melodi Raya 2-22, I Can See Your Voice Malaysia 5 (Episod 1: Edisi Raya), J.K.K Raya, Al Kisah Pak Kodi 5G dan Sampaikan Raya.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton program Sampaikan Raya yang dihoskan oleh Janna Nick dan Andi Bernadee pada 2 Mei 2022, pukul 11.00 malam di TV3. Saksikan perkongsian persiapan hari raya daripada Shuib dan anak-anaknya serta pasangan Fizo Omar dan Fareeza Nazri Azrai. Lebih menarik lagi ada ucapan Hari Raya dari perantauan dan juga persembahan istimewa oleh Junainah M. Amin, Ramlah Ram, Ella, Aina Abdul, Hael Husaini, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Khai Bahar, Shila Amzah, S.O.G , Marsha Milan, Wany Hasrita, Tajul, Afieq Shazwan, Wany Hasrita, Floor 88 dan Iman Troye.

Program Melodi Raya 2022 pada 15 Mei 2022 , 12.30 tengah hari menampilkan drama queen Nabila Huda sebagai Nenek Wok dengan membawa konsep muzikal MELO ‘DRAMA’ Di Raya yang berlatar-belakangkan sebuah kampung bernama Kampung Melodi. Tambahan lagi, Melodi Raya kali ini dibintangi dengan barisan artis popular seperti Kilafairy, Donna Muslim, Wafiy Aan, Bell Ngasri, Anne Ngasri dan ramai lagi.

Terdapat juga program menarik seperti I Can See Your Voice Malaysia 5 (Episod 1: Edisi Raya) pada 8 Mei 2022, 9.00 malam menampilkan selebriti terkenal seperti Izzue Islam, Ain Edruce sebagai hos pada edisi raya kali ini dan barisan selebriti jemputan Naim Daniel, Tajul, Zulin Aziz, Kilafairy, Shiha Zikir serta Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee dan Janna Nick sebagai panel penyiasat tetap.

Tidak ketinggalan juga program lucu seperti Al Kisah Pak Kodi 5G, 7 Mei 2022, 11.00 malam dengan barisan artis seperti Ropie, Naim Daniel dan Sarah Suhairi serta program hiburan J.K.K Raya pada 8 Mei 2022, 10.30 malam dimana membawa kisah Penduduk Kampung Kalut membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya menjadi lebih dramatik apabila mereka ditemukan kembali setelah sekian lama berjauhan kerana pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan Master In The House Malaysia Raya pada 7 Mei 2022 jam 9.00 malam yang dibintangi oleh Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose, Scha Elinnea, Meyrasam, Sean Lee dan Dato’ Chef Wan. Members MITH Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama Dato’ Chef Wan berserta artis undangan misteri dengan suasana yang paling meriah, lucu dan gila-gila. Belajar resipi masakan raya daripada master Dato’ Chef Wan yang terkenal dengan skil masakan beliau di persada antarabangsa.

Pasti anda ternanti-nantikan program Jenaka Kampung Kalut (J.K.K.). Jangan risau J.K.K Raya akan bersiaran pada 8 Mei 2022 pada pukul 10.30 dengan barisan pelakon seperti Ropie, Ebby Yus, Issey Fazlisham, Sari Yanti dan Ain Edruce. Kisah Penduduk Kampung Kalut membuat persediaan untuk menyambut Hari Raya menjadi lebih dramatik apabila mereka ditemukan kembali setelah sekian lama berjauhan kerana pandemik Covid-19.

Program bual bicara TV3 serta program inspirasi TV3 & TV9

Program bual bicara popular TV3, Malaysia Hari Ini (MHI) akan bersiaran pada pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi di Hari Raya pertama (3 Mei 2022) dengan membincangkan pelbagai topik sambutan Hari Raya Aidilfitri serta lintas langsung Raya Takbir, solat raya dan khutbah raya dari masjid-masjid. MHI Raya diteruskan pada hari keesokannya dengan topik-topik raya menarik.

Program 999 Raya pula menampilkan anggota polis IPD Sepang yang terpaksa bertugas ketika banjir walaupun rumahnya ditenggelami air serta seorang anggota bomba di Melaka yang terkorban ketika menyelamatkan mangsa banjir dan Polis Marin yang bertugas ketika syawal.

Program inspirasi Tanyalah Ustaz Raya mengupas topik-topik keagamaan yang menarik untuk tatapan seisi keluarga. Istimewa raya pertama bersiaran dari 6.30 pagi (3 Mei 2022), ikuti Da’i Aiman, Ustaz Jafri Abu Bakar dan Ustaz Nik Kamaruddin Yunoh membincangkan topik silaturahim yang terputus. Tanyalah Ustaz Raya diteruskan pada minggu pertama raya dengan penambahan segmen lebih istimewa. Panel undangan akan menyediakan juadah raya sambil membincangkan topik-topik menarik bersama artis jemputan.

Mini siri raya TV3 & TV9

Sudah pasti ramai yang merindui telatah lucu Puteri dan rakan-rakannya. Jangan lupa saksikan Puteri Reunion pada 3 Mei hingga 6 Mei 2022 pada pukul 10.30 pagi di TV3 yang dibintangi oleh Nora Danish, Kenchana Devi, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Beego, Ruhainies, Idris Khan dan Aziz M. Osman. Selepas beberapa tahun, Puteri, Nadia, Kamala dan Anita telah melalui pelbagai fasa kehidupan. Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka, apatah lagi dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda! Roslan mahu menambat hati Puteri semula dan perlu bersaing dengan Hanif.

Tidak lupa juga mini siri Wan Senja pada 3 hingga 6 Mei 2022 pada pukul 11.30 pagi di TV3 yang dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fauziah Dato’ Ahmad Daud A.M.N, Ali Reza Kavoossi, Nabila Razali, Wan Sharmila, Syazuwan Hassan, Fify Azmi, Datin Fadilah Mansor, Isyariana dan Aniq Suhair. Wan Senja mengisahkan tentang Hajah Rohimah, seorang guru yang dihormati oleh masyarakat tempatan atas dedikasi dan pengorbanan beliau. Setelah suaminya meninggal dunia, Hajah Rohimah diselubungi dengan kesunyian dan mula berhadapan dengan masa sukar di usia senjanya. Dia berusaha mempertahankan kebahagiaan yang semakin menghakis dalam dua dunianya iaitu, sebagai ibu dan sebagai guru. Cintanya sebagai pendidik harus berakhir akibat sakit yang dialami dan bagaimana Hajah Rohimah berhadapan dengan masalah keluarga yang menjarakkan hubungan dengannya akibat keputusan arwah suaminya.

Bagi di TV9 pula jangan lupa saksikan Misi Anak Bulan pada 4 Mei hingga 8 Mei 2022 pada jam 6.00 petang yang dibintangi oleh Datin Paduka Eina Azman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza, Idris, Aiman Abdul, Ali Aiman dan Nur Dania Miazara. Mini siri raya mengisahkan tentang seorang kanak-kanak iaitu Aiman, yang terpaksa mengikuti ibunya Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila beliau melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. Pada mulanya mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman, tetapi setelah Aiman memberitahu mereka yang Aiman memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja dan mahu berkawan dengannya. Ini adalah kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung yang jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

Drama Bersiri raya TV3 & TV9

Tidak ketinggalan untuk kaki drama, TV3 menyajikan pelbagai Drama Bersiri Raya seperti Samarinda Raya: Kerana Aku Isteri Bidaan bermula 16 Mei 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam dengan barisan pelakon Hisyam Hamid dan Scha Elinnea. Kisah dimana untuk mengelakkan dirinya berkahwin dengan Haji Meon, seorang duda yang sebaya dengan ayahnya, Raina Badrina telah mendakwa dirinya dihamilkan oleh Farel Zafeeq yang tidak bersalah. Malah, Raina juga memaksa Farel menikahinya. Di malam perkahwinan mereka, Raina telah mengaibkan Farel dengan tindakan melarikan diri dengan teman lelakinya, Aznor. Malangnya Aznor berniat jahat dan telah bertindak menjualkan Rania ke rumah pelacuran. Rania telah ditemui oleh Farel di sebuah pusat hiburan. Setelah mengetahui apa yang diperlakukan oleh Aznor, Farel cuba membeli Rania dengan rancangan untuk menyeksa Rania.

Selain itu juga, bagi Akasia Raya pula ada Bisik Bisik Gelora bermula 21 Mei 2022, Setiap hari jam 7.00 malam menampilkan artis popular Redza Rosli dan Raysha Rizrose. Seorang pemuda kampung yang lurus bendul bertemu dengan Arumi, seorang gadis bandar yang liar di usia yang muda. Mereka terperangkap dalam tangkap basah dan terpaksa berkahwin. Pada malam selepas perkahwinan mereka, Jad ditangkap dan dipenjarakan kemudian. Arumi melanjutkan pelajaran ke luar negara dan terlupa akan hakikat bahawa dia masih isteri kepada Jad. Selepas Jad dibebaskan, dia telah dikaburi dengan dendam. Jad telah menemui Arumi dan menuntutnya kembali taat kepadanya sebagai seorang isteri.

Bagi TV9 di Slot Diandra, membawakan Ada Apa Dengan Saka, bermula 19 Mei sehingga 21 Julai, setiap Khamis jam 8.30 malam dengan barisan pelakon Syazwan Zulkifly dan Shiha Zikir. Kisah Aina dan Madi yang jatuh cinta pandang pertama apabila madi mengetahui kebolehan luar biasa Aina. Aina yang terpaksa membawa diri ke bandar apabila orang kampung tidak dapat menerima kebolehan luar biasa beliau yang boleh melihat benda ghaib.

Dalam pada itu, terdapat juga drama Air Mata Allisya bermula 20 Mei hingga 8 Julai 2022, setiap Jumaat, 8.30 malam dengan barisan artis seperti Keith Foo dan Sophia AlBarakbah. Cerita dimana Allisya perlu hidup berdikari selepas abangnya terbunuh dalam sebuah kemalangan yang tragis. Dia kemudiannya bertemu dengan Arief dan mereka berdua jatuh cinta. Walaupun ibu Arief tidak merestui hubungan mereka, mereka telah berkahwin.

Tidak ketinggalan di Slot Lestary Raya pula ada drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang akan ditayangkan bermula 26 Mei 2022 setiap hari Rabu hingga Sabtu jam 9.00 malam yang dibintangi oleh Meerqeen dan Anna Jobling. Firdaus Iskandar tidak setuju dengan rancangan ibu bapanya untuk berkahwin dengan Melur kerana dia mempunyai teman wanita yang bernama Dee. Ibu bapanya memberikan 48 jam untuk Dee berrkahwin dengan Firdaus. Namun, Dee tidak bersedia untuk berkahwin. Melur sedih kerana dia menyukai Firdaus. Melur cuba memikat hati Firdaus malah dia meletakkan 7 syarat untuk Firdaus.

Telefilem raya TV9

Kemeriahan Aidilfitri diserikan lagi dengan telefilem menarik di TV9. Antaranya adalah Jangan Malu Menangis yang akan ditayangkan pada 2 Mei 2022 pada pukul 9.30 malam yang dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Fauziah Latiff, Ozlynn Waty Ismail, Aprena Manrose Harissa Adlynn. Jangan Malu Menangis ini mengisahkan Ramlee, bekas kelasi kapal hidup bersendirian di sebuah kampung. Hidupnya sunyi walaupun mempunyai tiga orang anak, diisi dengan bayangan arwah isterinya, Haryati. Selepas berlakunya satu kekecohan di kampung sehingga anak sulungnya, Maryam pulang ke kampung. Bayangan isterinya, Haryati terhapus setelah Maryam menyedarkan ayahnya bahawa ibu mereka telah meninggal dunia. Akhirnya, Ramlee bersetuju untuk mengikuti Maryam ke ibu kota untuk tinggal bersama anaknya. Namun, kesibukan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing membuatkan Ramlee rasa tersisih.

Pada 16 mei 2022 pula telefilem Cikgu Nerd menghiasi slot Kuasa 3 Malam pukul 9.30 malam yang dibintangi oleh Zoey Rahman dan Puteri sarah Liyana. Al-kisah seorang guru yang menjadi tumpuan di sekolah kerana gayanya yang terlalu nerd sering mencuit hati kalangan pelajar. Putus asa bukan pilihan Ben, dia tetap sedaya upaya membuktikan tanggapan guru-guru lain terhadap pelajar di kelasnya adalah salah. Ternyata, usaha Ben banyak mengubah prestasi mereka yang sebelumnya tercorot dan dipandang rendah.

Tidak ketinggalam pada 23 Mei 2022 telefilem Hari-Hari, Hari Raya di slot Kuasa 3 Malam bakal menemani anda dengan barisan pelakon seperti Muntazar Ghufran, Zila Bakarin, Zalif Sidek dan Lan Siro. Kaya, kacak, bergaya dan digilai ramai tetapi segalanya tidak dimiliki oleh pemuda bernama Malek. Justeru, dia sering sakit hati apabila pulang ke rumah untuk beraya sehingga dia membuat keputusan untuk tidak balik beraya. Tanpa disedari rancangannya itu telah ‘menjemput’ satu entiti yang membawanya mengembara ke tiga raya yang berbeza.

Program Animasi & Variasi TV9

Khusus buat penonton cilik, TV9 juga menyiarkan siri animasi istimewa Mina Mila: Kata Raya pada Hari Raya pertama, 6.00 petang. Dengarkan celoteh comel kembar seiras Mina dan Mila tentang perlunya kerja keras dan usaha untuk menyambut kemeriahan beraya. Saksikan juga Peningnya Raya OhBulan!, program berkonsepkan sitkom dan bual bicara menampilkan hos-hos OBTV bersama-sama artis undangan Yassin Senario dan Aya Amiruddin. Ia mengisahkan situasi dan masalah penduduk kampung yang tidak dapat beraya kerana paip air pecah.

*Jangan lupa saksikan semua rancangan menarik ini nanti ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×