Nur

Jangan Ralit Bekerja Je, Aplikasi Waktu Solat Malaysia Bantu Majikan & Pekerja Bersatu ‘Jiwa’

12
SHARES

Bekerja dan mencari rezeki yang halal merupakan perkara yang sangat dituntut dan mendapat pahala. Mana tidaknya, rezeki halal inilah yang akan diberikan kepada ibu bapa dan menyara keluarga. Namun, ramai dalam kalangan kita terlepas pandang tentang hubungan antara majikan dan pekerja yang menuntut untuk menjaga etika Islam dalam bekerja.

Baca juga: Cari Ketengangan Jiwa? Inilah Masanya Untuk Jadikan Al-Quran Sebagai Bestfriend

Majikan dan pekerja bersatu ‘JIWA’

Benarkah majikan yang mementingkan etika kerja menurut islam dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang? Ya betul, bukan sahaja dapat melahirkan sebuah organisasi yang berjaya dan cemerlang bahkan pula mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Majikan dan pekerja harus mempunyai ‘JIWA’ yang mengikat hati mereka untuk terus berpandukan syariat islam. Dalam kesibukan masa bekerja, tetap tidak meninggalkan setiap satu suruhan dan perintah Allah SWT. Antaranya adalah mengikat jiwa dengan Al-Quran.

WAKTU SOLAT MALAYSIA BERI KEMUDAHAN KEPADA PEKERJA

Antara aplikasi yang sangat dicadangkan untuk setiap pekerja muat turun adalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia. Dalam Aplikasi ini ada satu ruangan khas nama Al-Quran, serba lengkap. Selain itu dapat memberi kemudahan kepada setiap pekerja untuk membaca Al-Quran walaupun dimana mereka berada. Tak payah nak bawa Al-Quran secara fizikal lagi!

Marilah kita sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita sehingga ke akhir hayat. Insya-Allah, semoga dengan terikatnya hubungan majikan dan pekerja dengan Al-Quran dapat mempengaruhi keberkesanan organisasi. Ianya melibatkan setiap individu dan berkait dengan penghayatan agama dan akhlak. Ianya harus difahami juga oleh setiap warga dalam organisasi. Etika kerja haruslah bersendikan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah tanpa mengetepikan hak- hak manusia yang patut di jaga.

Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai pengikat ‘JIWA’ diantara majikan dan pekerja.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×