Nur

Cari Ketenangan Jiwa? Inilah Masanya Untuk Jadikan Al-Quran Sebagai ‘Bestfriend’

2
SHARES
waktu solat malaysia

Mencari ketenangan itu bukanlah hanya dengan pergi bercuti sahaja. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa mencari ketenangan jiwa ini haruslah kembali kepada tunggak utama iaitu amalan agama kita. Bagi penganut agama Islam sudah semestinya kita akan berpegang kepada Al-Quran dan inilah masanya untuk jadikan Al-Quran sebagai ‘bestfriend’.

Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

“Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di Hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Baca juga: Mencari Arah Kiblat Dengan Mudah, Hanya Guna Aplikasi Waktu Solat Malaysia

ZAMAN MODEN, BACA AL-QURAN BOLEH DIMANA-MANA SAHAJA

Al-Quran adalah kitab suci yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu mukjizat Baginda. Turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk umat manusia sehingga ke Hari Kiamat.

Di zaman moden sekarang, semuanya serba canggih. Apa sahaja yang diperlukan untuk memudahkan segala urusan rutin atau pekerjaan boleh didapati pada hari ini. Bukan sahaja peralatan yang melibatkan perkakasan rumah dan pejabat sahaja yang mengalami perubahan digitalisasi. Namun, hampir keseluruhan hidup kita dipengaruhi oleh arus pemodenan tersebut.

Ia termasuklah dengan Al-Quran Digital, dengan adanya Al-Quran digital akan memudahkan kita untuk lebih kerap lagi membaca Al-Quran tak kira dimana pun kita berada. Seterusnya, amalan membaca Al-Quran ini hendaklah diteruskan setiap hari. Kelebihan dan kemuliaan pembaca Al-Quran ini memang banyak, antaranya yang pasti ialah pembaca akan mendapat ketenangan hati seperti apa yang kita impikan.

APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA JADIKAN AL-QURAN SEBAGAI BESTFRIEND ANDA

Bukan itu sahaja, Al-Quran juga akan menjadi pembela di akhirat kepada mereka yang membacanya di dunia ini. Allah SWT juga akan mengangkat tinggi kedudukan orang yang membaca Al-Quran dengan cara istiqamah atau berterusan. Sebaik-baik manusia adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan yang mengajar orang lain membaca Al-Quran. Daripada Uthman bin Affan r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sebaik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang
lain.” (HR Bukhari)

Antara aplikasi yang sangat di cadangkan adalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia. Dalam Aplikasi ini ada satu ruangan khas nama Al-Quran, jadi mudah untuk seseorang itu membaca Al-Quran walaupun dimana mereka berada.

Marilah kita sama-sama menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup kita sehingga ke akhir hayat kita. Insya-Allah, dengan cara itu kita sentiasa berada di dalam perlindungan Allah SWT. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai ‘bestfriend’ dalam hidup kita.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×