Didik

Jangan Pening Kepala Bila Anak Kencing Malam, Guna Cara Mudah Ini Untuk Latih Mereka

544
SHARES

Anak selalu kencing malam?

Situasi apabila anak selalu kencing malam iaitu ‘bedwetting’  ini sudah menjadi kebiasaan bagi anak-anak yang sedang membesar. Namun, terdapat juga situasi di mana anak-anak masih lagi terbiasa untuk kencing malam walaupun umur sudah menjangkau lima tahun! Sepatutnya, perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Statistik anak-anak mengalami masalah kencing malam di Amerika menunjukkan bahawa 15 peratus anak masih kencing malam pada usia 5 tahun , dan 7 hingga 10 peratus anak-anak masih kencing malam pada usia 7 tahun!

http://www.reflexologymelbourne.net.au/

http://www.reflexologymelbourne.net.au/

Kenapa anak selalu kencing malam? Alasan saintifik atau alasan kukuh bagi isu ‘bedwetting’ ini masih belum dijumpai. Cuma, ramai yang berpendapat bahawa jika ibu bapa pernah mengalami situasi ‘bedwetting’ ini semasa kecil, potensi untuk anak-anak mereka terjadi perkara yang sama adalah tinggi. Antara sebab lain yang dikatakan menjadi sebab anak selalu kencing malam ialah, kanak-kanak mempunyai kapasiti yang kecil untuk menyimpan air kecil di dalam badan dan mungkin anak anda sedang mengalami ‘deep sleep’.

Cara Untuk Atasi ‘Bedwetting’

1. Pastikan anak anda mengalami pembesaran yang normal, supaya tabiat mereka tersebut akan lama-kelamaan hilang apabila mereka meningkat dewasa.

http://www.weightandwellness.com/

http://www.weightandwellness.com/

2. Pastikan anak memakai seluar dalam atau seluar tidur. Ini boleh menghadkan tabiat kencing tilam mereka. Selain itu, sebagai langkah berjaga-jaga, anda juga boleh lapikkkan tilam nipis kalis air yang boleh didapati di pasaran.

3. Kawal jumlah air yang perlu diminum oleh anak-anak. Jangan biarkan mereka minum terlalu banyak air sebelum tidur.

http://www.goodtoknow.co.uk/

http://www.goodtoknow.co.uk/

4. Ini penting, pastikan anak kencing dahulu sebelum tidur. Ini mungkin dapat membantu mengelakkan anak-anak dari kencing malam.

5. Kalau anak sudah dewasa tetapi masih mempunyai masalah ini, elakkan anak-anak dari minum air berkafein kerana air berkafein memudahkan mereka untuk membuang air kecil yang banyak pada waktu malam.

charlies-magazines.com

charlies-magazines.com

6. Buat para ibu, pastikan anda mengejut anak-anak yang selalu mengalami masalah ini untuk bangun pada waktu malam dan membuang air kecil. Pastikan anda mengejut anak-anak bangun sebelum dari waktu kebiasaan situasi berlaku.

7. Jika anda risau tidak dapat kejutkan anak-anak untuk bangun membuang air kecil, anda juga boleh cuba untuk menggunakan jam penggera untuk melatih anak bangun sendiri ke tandas.

8. Jika keadaan berlarutan dari kebiasaan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat atau rawatan secara mendalam.

http://www.healthiestblog.com/

http://www.healthiestblog.com/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×