Asuh

Jangan Cari Nahas, Doktor Kongsi Cara Elak Kanak-Kanak Diserang Tebuan

47
SHARES

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat dari sengatan tebuan. Kanak-kanak tersebut dilaporkan kritikal setelah disengat lebih 60 ekor tebuan. Perkara itu sahaja telah membuktikan bahayanya sengat tebuan ini. Jangan ambil mudah dengan sengatan ia.

Dr Redza Zainol melalui laman Facebooknya berkongsi tentang cara-cara bagi mengelak dari diserang tebuan, terutamanya bagi kanak-kanak yang mudah terdedah kepada serangan tebuan.

Dasyat rupanya tebuan ni. Kalau nak tahu, sengatan tebuan ni lagi bahaya dari sengatan labah-labah. Analisis data oleh Universiti Melbourne selama 13 tahun, dapati satu pertiga kes sengatan serangga beracun yang datang ke hospital adalah disebabkan oleh tebuan dan lebah.

Lagi-lagi kalau kena tebuan tanah, jenis tebuan ni sangat bahaya sebab penyengat dia sangat beracun. Kena 1-2 sengatan dah boleh buat kanak-kanak sesak nafas dan sakit yang amat. Yang terbaik ialah kita elakkan dari diserang oleh tebuan. Patutlah sampai ada peribahasa, “Jangan dijolok sarang tebuan.” Memang cari nahas kalau saja-saja nak jolok sarang atau tak sengaja terlanggar sarang tebuan.

Cara elak kanak-kanak dari diserang tebuan

– Jangan minum air tin berperisa manis ketika bermain halaman rumah. Ia boleh menarik perhatian lebah.

– Tak digalakkan berjalan tanpa kasut di atas rumput. Ada tebuan yang buat sarang di atas tanah.

– Jangan mengibas baju atau kain untuk menghalang serangan tebuan kerana pergerakan mendadak lebih menarik perhatian tebuan untuk menyerang.

– Jangan sesekali ganggu habitatnya kerana tebuan biasanya akan menyerang apabila habitat diganggu.

– Elakkan memakai wangian berbau manis atau memakai baju berwarna terang. Lebah mudah tertarik pada bau manis.

Nasihat yang boleh kita ikuti

1. Tutup rapat semua tingkap kereta.

2. Kalau diserang, lari secepat mungkin ke tempat perlindungan seperti rumah, bangunan dan kenderaan dengan menutup kepala dengan baju.

3. Ajarkan anak untuk tengok dulu dalam cawan yang berisi air manis sebelum minum. Lebah yang ada dalam cawan tu boleh tiba-tiba menyengat muka anak kita.

4. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang di luar rumah.

5. Pakaikan anak dengan topi bila bermain di luar. Lebah sangat berjaga-jaga dengan haiwan berbulu kerana mereka akan cuba ambil madu. Lebah rasa kurang terancam bila berdekatan dengan mereka yang memakai topi.

6. Tutup rapat penutup tong sampah di luar rumah.

Bantu saya sebarkan supaya lagi ramai mak ayah yang peka. Setiap tahun ada saja kanak-kanak yang dimasukkan ke wad dan sampai meninggal dunia sebab disengat oleh tebuan. Tebuan bila menyerang, dia dah tak ambil tahu kita sengaja atau tak sengaja ganggu dia. Masa tu, tak ada siapa yang boleh hentikan serangan tu.

Sumber : Redza Zainol</a

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×