Hebahan

Jangan Ambil Mudah, Masak Lemang Dalam Tin Boleh Bahayakan Kesihatan – KKM

69
SHARES

Perkongsian resepi di media sosial telah menjadi satu trend dalam keadaan sekarang. Boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada pelbagai resepi yang dikongsi. Disebabkan itu juga, satu page masakan telah ditubuhkan di laman Facebook bagi menyenangkan orang ramai bertukar resepi. Scroll sahaja page tu, pasti ada resepi yang anda cari.

Antara resepi menarik perhatian ialah resepi lemang, tetapi yang lainnya ianya dimasak dalam tin minuman. Lain daripada yang lain dan ada yang mengatakannya lebih mudah untuk memasak lemang. Tidak perlu keluar beli atau pergi cari buluh untuk masak lemang. Tetapi, ianya tidaklah semudah yang kita lihat. Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman Facebook mereka telah mengeluarkan kenyataan mengenai lemang yang dimasak dalam tin ini.

Bahaya Jika Bahan Kimia Bertindak Balas

Baru je masuk bulan puasa tapi ramai dah tak sabar nak makan lemang. Beberapa hari lepas, ada ternampak orang kongsi mengenai cara masak lemang dalam tin minuman. Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat tetapi Tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan semula sebagai bekas memasak.

Kau orang tahu tak sebenarnya masak lemang dalam tin minuman adalah tidak selamat! Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan Kesihatan! Jadi dalam keseronokan kita memasak, sentiasa pentingkan KESELAMATAN MAKANAN! KESELAMATAN MAKANAN ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA!

Itu dia. Info yang selama ini kita tidak ambil berat. Nampak cara memasaknya senang tetapi apa yang kita tidak tahu ialah bahayanya itu yang akan memberi kesan kepada kesihatan kita sendiri. Sama sama ambil langkah keselamatan. Jangan suka hati nampak resepi yang mudah dan senang begitu terus kita cuba.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×