Rakyat

Jangan Abaikan! Ini 6 Petanda Tempat Anda Bakal Dilanda Banjir

595
SHARES

Banjir yang berlaku di sekitar Lembah Klang dan beberapa buah negeri lain sememangnya di luar jangkaan sehingga menyebabkan ramai terperangkap di dalam rumah dan tidak sempat keluar untuk menyelamatkan diri.

Bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku, berikut merupakan beberapa petanda penting tempat anda bakal dilanda banjir seperti perkongsian Ommar Abd Aziz. Diharapkan sedikit sebanyak perkongsian beliau dapat memberi manfaat di masa hadapan.

Baca juga: Cara Buat Benteng Air, Kurangkan Kesan Air Banjir Masuk Rumah!

JANGAN ABAIKAN! INI 6 PETANDA TEMPAT ANDA BAKAL DILANDA BANJIR

Dulu ada orang share dengan aku pasal benda ni. tapi aku lalai. Tanda-tanda tempat korang bakal banjir teruk: 

1. Walaupun hujan dah berhenti.

2. Mula mula air jernih. masa ni kita akan terpesona.

banjir

3. Beberapa jam selepas itu, air akan mula keruh. Ini tanda yang patut anda bersiap sedia untuk berpindah.

banjir

4. Air jadi kuning dan berkeladak dan bersampah. Ini tanda anda patut segera keluar dari kawasan tersebut (aku terlambat sebab no. 6)

5. Bergantung pada tempat. Ada tempat 1 jam naik seinci. Ada yang naik sekaki terus.

6. Paling penting! Abaikan perasaan sayang nak tinggalkan rumah. Akhirnya terpaksa pihak JPAM menyelamatkan anda.

Jangan lupa untuk kunci pintu rumah, tutup suis utama dan kalau boleh cabut fuis utama sebelum keluar. Sumbat lubang ekzos, dan cabut terminal bateri kereta yang ditinggalkan. Parking ditempat yang tinggi.

Semoga kita dapat bertindak lebih awal dan mengelakkan diri daripada terperangkap. Cari kawasan selamat. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Ommar Abd Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×