Terbaharu, Istana Pahang memuat naik kenyataan rasmi MENAFIKAN sebarang Istiadat Perkahwinan Diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita yang dikatakan akan berlangsung pada April tahun depan.
Sebelum kenyataan rasmi ini dikeluarkan, ramai dalam kalangan rakyat terutamanya gadis-gadis amat terkejut kerana tiada angin tiada ribut tiba-tiba Tengku Mahkota Pahang akan berkahwin dengan orang yang tidak dikenali!
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Kerabat Diraja Pahang, Pasti Ramai Nak Tahu!
ISTANA PAHANG NAFI AKAN ADA PERKAHWINAN TENGKU HASSANAL IBRAHIM
Kenyataan dari Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya (TUDM) berkata, hantaran palsu itu dimuat naik seorang wanita di akaun Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_1). Menurutnya, dalam hantaran tersebut, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada bulan April tahun depan dan secara fitnah telah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.
“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama, ” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik juga dalam laman Instagram Kesultanan Pahang.
Berdasarkan fitnah ini, dinasihatkan juga kepada orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain daripada portal rasmi Istana Pahang iaitu istanapahang.my dan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Youtube menggunakan nama Kesultanan Pahang.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, tindakan tegas boleh diambil kepada individu tersebut atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu-gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.
Bukan itu sahaja, menurut laporan Sinar Harian pada 3 Oktober lalu, Istana Pahang pernah juga menafikan khabar angin berkenaan istiadat Perkahwinan Diraja yang membabitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita seperti yang tular di media sosial.
Dakwaan itu mula tersebar selepas satu hantaran dimuat naik di Instagram oleh pengguna yang menggunakan nama akaun “Farida.1111111” pada 24 September. Hantaran itu memaparkan kononnya maklumat tentang ‘Istiadat Perkahwinan Diraja antara Tengku Hassanal dan Cik Farida Daud’.
*Tercemar identiti orang lain yang bernama Farida juga. Yang penting, ramai gadis di luar sana tak jadi nak patah hati..
Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!
Sumber: Instagram @kesultanan.pahang