Sihat

Ini Senarai 4 Organ & 4 Tisu Yang Boleh Didermakan Selepas Kematian

9
SHARES

Isu mengenai pendermaan organ adalah sesuatu yang sering didebatkan. Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah.

Pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu perlu dibuat untuk memastikan mental ahli keluarga tidak terganggu. Terdapat empat organ dan empat tisu boleh didermakan selepas kematian. Ikuti penerangan lanjut di bawah.

Baca juga: 7 Sumber Makanan Yang Sesuai Untuk Bantu Pesakit Buah Pinggang

ORGAN & TISU YANG BOLEH DIDERMAKAN SELEPAS KEMATIAN

Tahukah anda? Terdapat 4 organ dan 4 tisu yang boleh didermakan selepas kematian di Malaysia iaitu:

  • Jantung
  • Paru-Paru
  • Hati
  • Buah Pinggang
  • Kornea Mata
  • Injap Jantung
  • Tulang
  • Kulit

Kesemua organ yang boleh didermakan ini merupakan organ utama di dalam badan kita. Pesakit yang memerlukan transplantasi jantung dan paru-paru segera hanya mempunyai harapan baharu untuk terus hidup apabila terdapat pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan kerana organ utama ini hanya boleh didermakan selepas kematian oleh individu budiman yang mempunyai organ yang sesuai dengan penerima.

Seseorang individu yang meninggal dunia turut boleh mendermakan tisu badan mereka bagi manfaat orang lain untuk meningkatkan kualiti hidup.

Pendermaan tisu kornea mata boleh dilaksanakan di luar dewan bedah seperti di rumah dan kornea yang didermakan boleh membantu meningkatkan kualiti penglihatan.

Individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti masih boleh menderma injap jantung mereka bagi membantu mereka yang mengalami masalah injap jantung.

PROSES PEROLEHAN ORGAN & TISU DENGAN PENUH ETIKA

Hanya tulang panjang di bahagian tangan dan kaki sahaja boleh didermakan dan ia akan digantikan dengan tulang palsu yang mempunyai saiz sama sebagai penyokong.

Pendermaan kulit tidak perlu digeruni kerana hanya lapisan kulit sangat nipis di bahagian belakang badan penderma sahaja akan diperolehi. Kulit yang didermakan dapat membantu mereka yang mengalami kebakaran kulit yang teruk bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan kuman.

Kesemua proses perolehan organ dan tisu yang didermakan selepas kematian ini akan dijalankan dengan pernuh hormat dan beretika.  Mereka ini memerlukan organ baharu yang didermakan untuk ditransplantasi dengan segera bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Sumber: Facebook Derma Organ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×