Sihat

7 Sumber Makanan Yang Sesuai Untuk Bantu Pesakit Buah Pinggang

960
SHARES

Buah pinggang merupakan salah satu organ badan yang sangat penting dan seperti yang kita sedia maklum, buah pinggang berfungsi sebagai penapis darah dan mampu menyingkirkan toksik, sisa buangan dan bendalir berlebihan dalam badan.

Secara lazimnya, punca buah pinggang rosak disebabkan penyakit seperti diabetes dan juga tekanan darah tinggi. Individu yang menghidap penyakit buah pinggang perlu menjaga pengambilan makanan dengan lebih teliti supaya dapat melindungi buah pinggang dan mengamalkan diet buah pinggang dengan betul.

Baca juga: Kebaikan Hempedu Bumi Herba Paling Pahit, Rawat Pelbagai Penyakit!

7 SUMBER MAKANAN YANG SESUAI UNTUK BANTU PESAKIT BUAH PINGGANG

Justeru itu, terdapat tujuh sumber makanan yang sesuai untuk pesakit buah pinggang amalkan. Ikuti perkongsian Dr Suri Roowi di bawah.

1. BAWANG PUTIH

Hasil kajian oleh Saintis Iran, Mexico dan Turki menunjukkan bawang putih membantu pesakit buah pinggang dengan mengurangkan tekanan oksidatif dan tekanan darah tinggi.

Ianya disebabkan oleh kehadiran bahan berkhasiat allicin dalam bawang putih. Caranya adalah ambil 2 atau 3 ulas bawang putih, asingkan kulitnya, ketuk, biarkan 10 minit, tuangkan air, tambahkan sedikit madu asli dan diminum. Bawang putih juga rendah kandungan potassium dan fosforus.

2. ROTI PUTIH

Roti putih lebih disyorkan kepada pesakit buah pinggang berbanding roti wholemeal. Ini kerana kerana kandungan potassium dalam roti putih lebih rendah berbanding roti wholemeal.

3. NASI PUTIH

Nasi putih adalah lebih sesuai bagi pesakit buah pinggang berbanding nasi beras perang atau beras rebus (parboiled rice). Ini kerana beras putih lebih rendah kandungan potassium berbanding beras perang dan beras rebus.

Walau bagaimanapun, nasi dari beras perang bagus bagi pesakit biasa (selain pesakit buah pinggang) untuk bantu turunkan darah tinggi, kolesterol dan gula dalam darah.

4. DAGING

Kandungan potassium dalam daging itik adalah 204 mg manakala daging ayam adalah 223 mg . Daging kambing pula tinggi sedikit kandungan potassiumnya iaitu 310 mg dan daging lembu pula 318 mg*

5. SOTONG, KERANG, IKAN & UDANG

Udang menunjukkan kandungan potassium terendah iaitu 259 mg. Diikuti dengan ketam (262 mg), sotong (273 mg) dan kerang (314 mg). Ikan sardin pula 397 mg potassium berbanding ikan kembung (401 mg) dan ikan merah (417 mg). Ikan makerel pula tinggi kandungan potassium iaitu 520 mg*.

6. SAYURAN RENDAH POTASIUM

Di antara sayur-sayuran rendah potassium adalah taugeh (79 mg), terung (229 mg), kacang panjang (240 mg), kobis bunga (299 mg), brokoli (316 mg) dan sawi (384 mg). Petola pula menunjukkan kandungan potassium yang agak tinggi (453 mg)*.

7. BUAH-BUAHAN

Rambutan rendah kandungan potassium (84 mg), diikuti dengan epal (107 mg), nanas (109 mg), strawberi (153 mg), mangga (168 mg), betik (182 mg) dan anggur (191 mg)*. Jus oren tinggi potassium dan perlu dihadkan penggambilannya oleh pesakit buah pinggang.

*Kesemua analisa dibuat menggunakan 100g sampel.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×