Sihat

Kebaikan Hempedu Bumi Herba Paling Pahit, Rawat Pelbagai Penyakit!

951
SHARES

Hempedu bumi atau nama saintifiknya adalah Andrographis paniculata (Green Chiretta) diklasifikasikan sebagai herba paling pahit atau ‘King of Bitter’ dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu, Cina dan India.

Hempedu bumi dapat memberi banyak kebaikan dan kegunaan untuk kesihatan diri. Antaranya ialah penduduk Asia menggunakan hempedu bumi untuk merawat masalah berkaitan penghadaman, pernafasan, demam, batuk dan penyakit berjangkit.

Baca juga: Rupanya Biji Halba Boleh Bantu Masalah Diabetes & Kolestrol, Ini Caranya….

KEBAIKAN HEMPEDU BUMI HERBA PALING PAHIT

Hal ini sama seperti penerangan yang dikongsi oleh Dr Suri Roowi di laman Facebooknya di mana beliau menjelaskan hempedu bumi mampu membantu mengurangkan suhu badan akibat jangkitan bakteria dan juga virus. Rugi kalau tak cuba.

Hempedu bumi sebagai ubat demam akibat virus? Di China, kajian yang dilakukan di Sichuan Traditional Medicine Research Institution mendapati bahawa Hempedu Bumi boleh bantu kurangkan suhu badan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria dan virus.

70 daripada 84 pesakit yang menggambil Hempedu Bumi mencapai suhu badan normal dalam tempoh 48 jam. Pada tahun 1972, penyelidik dari Institut Penyelidikan Herbal China juga gunakan Hempedu Bumi untuk merawat 24 kes jangkitan saluran pernafasan seperti tonsilitis akiut dan bronkitis.

Hasil kajian menunjukkan Hempedu Bumi lebih baik berbanding rifampin (antibiotik). Hempedu Bumi juga boleh digunakan untuk masalah batuk dan sakit tekak

1 atau 2 helai daun Hempedu Bumi, direndam dalam segelas air panas dan diminum bila suam boleh bantu kurangkan demam
hempedu bumi boleh bantu kurangkan sakit tekak.

Selain itu, daun Hempedu Bumi ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan meletakkannya pada luka terutamanya pada luka gigitan ular dan sengatan serangga.

Bagi anda penghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, boleh menggunakan air rebus Hempedu Bumi untuk merawatnya. Ini kerana bahan kimia tumbuhan ini dipercayai boleh memecahkan molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat.

*Jadi, lepas ini boleh la tanam satu di rumah. Tak rugi pun. Betul tak?

Sumber: MyHealth & Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×