Famili

Ini Antara Sebab Kenapa Anda Kena Masukkan Germa Gandum Dalam Menu Diet Anda!

1.6K
SHARES

Menyediakan makanan yang seimbang ketika diet memang sesuatu yang sukar untuk kita lakukan. Lebih-lebih lagi buat anda yang baru nak mula diet. Rasa macam susah sangat nak jumpa menu yang betul-betul boleh buat kita kenyang dan sesuai dengan tubuh badan kita.

Diet ini bukan hanya makan sayur saja, ada banyak lagi makanan yang anda boleh makan untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat. Antaranya mengambil germa gandum dalam diet harian. Germa gandum ini adalah pelengkap diet kita kalau anda nak tahu…

Apa khasiat Germa Gandum ni?

Germa Gandum ni adalah salah satu superfood yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Kalau anda mengamalkan diet sihat, memang sesuai sangatlah amalkan germa gandum ni!

Sebab apa admin kata germa gandum ni bagus untuk kesihatan kita? Menurut laman web Doctorz, germa gandum ni mengandungi sebatian yang lebih kurang sama dengan kolesterol, dinamakan phytosterols. Ia mampu merendahkan kolesterol tidak sihat dan meningkatkan kesihatan jantung.

Selain itu, germa gandum juga mengandungi asid lemak Omega 3 yang mampu merendahkan kolesterol, mengurangkan keradangan dan menyokong pembentukan sistem saraf yang sihat. Ia juga berupaya mengurangkan gangguan kebimbangan dan meningkatkan mood seseorang itu.

Di samping phytosterols dan asid lemak Omega 3, germa gandum turut dipercayai mengandungi magnesium, fosforusVitamin E, B1, B2 & B6 yang mampu membekalkan tenaga serta boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Germa gandum turut kaya dengan fiber yang mampu melancarkan proses pencernaan kita. Selain itu, germa gandum juga mengandungi protein yang membantu proses tumbesaran sel-sel baru dan zat besi yang mampu membantu pembentukan sel darah merah.

Pelbagai menu ringkas untuk diet mengandungi germa gandum boleh dicuba, jom amalkan gaya hidup sihat

Inilah masa paling sesuai untuk mulakan gaya hidup sihat dengan germa gandum! Malah, ia mudah didapati dan disediakan, sesuai untuk anda yang sentiasa on-the-go! Contohnya, ia boleh dijadikan topping yogurt, oat dan smoothies. Sesuai untuk memberi tenaga untuk mulakan pagi anda.

Terfikir mana anda nak dapat semua khasiat germa gandum tu?

Kini, semua orang boleh dapatkan khasiat germa gandum dalam sebungkus Roti Sandwic Massimo yang dipenuhi nutrien dan vitamin di dalamnya.

Roti Sandwic Massimo dengan Germa Gandum ni bukan saja dijual pada harga berpatutan, malah mudah didapati di mana-mana. Tiada lagi alasan untuk anda tidak menjalani gaya hidup dan pemakanan yang sihat.

Cuba sendiri keenakan Roti Sandwic Massimo dengan Germa Gandum hari ni juga okay!

Untuk maklumat lanjut tentang Roti Sandwic Massimo, boleh klik SINI!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×