Dapur

Ini 7 Khasiat Bawang Mentah Termasuk Boleh Cegah Sakit Jantung Serta Strok, Kena Simpan Betul-Betul!

24
SHARES

Bawang merah merupakan ramuan masakan yang popular digunakan di seluruh dunia. Bukan sahaja bawang putih akan tetapi bawang merah juga dikenali sebagai superfood kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan.

Selain memasak, bawang merah juga digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit dalam rawatan tradisional. Tahukah anda bahawa bawang mentah lebih banyak khasiatnya berbanding bawang yang dimasak?

Baca juga: Jangan Tinggal 7 Benda Ini Dalam Kereta Kalau Tak Nak Kereta Meletup!

7 KHASIAT BAWANG MENTAH

1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.

2. Bahan ini bersifat antiplatelet dan antikanser terutamana antikanser usus, perut dan kerongkong.

3. Sumber bersifat antiplatelet biasanya digunakan untuk mencegah terjadinya penggumpalan darah. Sumber ini boleh digunakan oleh pesakit dengan masalah pembuluh darah sumbat seperti penyakit jantung koronari dan penderita stroke.

4. Justeru, makan bawang merah mentah bagus untuk membantu mengelakkan penyakit-penyakit ini.

5. Sebaliknya, bahan khasiat ini akan mudah hilang jika bawang dimasak. Kajian ke atas 12 pesakit menunjukkan sifat antiplatelet akan musnah dalam masa 3 dan 6 minit selepas bawang dimasak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya berubah sifat dan ia merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).

6. Bawang kuning tinggi mineral seperti fosforus, potassium, magnesium dan zat besi. Manakala, bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C.

7. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan (quercetin) akan terhasil dengan lebih banyak lagi.

CARA MENYIMPAN BAWANG AGAR TAHAN LAMA DAN TIDAK BUSUK

1. Simpan di tempat terbuka dan kering 

Pastikan untuk menyimpan bawang di tempat terbuka dan kering. Bawang yang disimpan di tempat seperti ini akan tahan lama. Elakkan simpan bawang di tempat basah atau lembab kerana ia boleh menyebabkan bawang cepat busuk dan keluar tunas.

2. Asingkan dengan barang dapur lain

Pastikan bawang tidak disimpan bersama sayur-sayuran atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus kerana ini akan menjadikan bawang cepat busuk, rosak dan rasanya juga berubah.

3. Simpan bawang yang telah dikupas

Simpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Apabila sedia digunakan baru dicuci, dihiris atau dikisar sebelum dijadikan bahan campuran penumis masakan.

4. Simpan bawang dalam bentuk kisar atau dihiris

Jika anda jenis mak-mak yang sibuk dan mahu menjimatkan masa di dapur. Boleh saja simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer tetapi hendaklah ia dimasukkan dalam bekas yang bertutup kemas. Apabila ingin memasak ambil hanya untuk keperluan, lebihnya simpan semula dalam freezer.

Sumber: MALAY.NEWS, rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×