Famili

Ingin Bercuti Dengan Hati Yang Tenang? Jom Tengok Apa Yang Hong Leong MSIG Takaful Travel Protection Tawarkan Ni!!

10K
SHARES

“Sempat ke tak nak kejar flight ni”, “Janganlah bagasi aku hilang”, atau “Selamat ke tak kalau tinggal rumah lama-lama ye?”, berikut merupakan senario yang sering berlaku pada diri kita sekiranya kita ingin pergi bercuti jauh dari rumah atau tanah air.

Tujuan bercuti adalah untuk menenangkan fikiran, berseronok dan menikmati keindahan alam, namun jika anda asyik risau memikirkan semua persoalan tersebut, mood percutian pun akan terganggu.

“Sediakan payung sebelum hujan” merupakan peribahasa yang sering kita dengar tentang persediaan yang perlu dilakukan sebelum berlakunya sesuatu yang tidak diingini. Begitu juga dengan hidup kita, kita tidak akan tahu sekiranya kemalangan atau maut mendekati kita.

Pernah tak anda terfikir sekiranya sesuatu yang buruk menimpa anda ketika anda ingin pergi bercuti jauh dari rumah atau tanah air? Mesti anda tak ingin semua tu berlaku kan? Tetapi, adakah anda sudah membuat persediaan yang secukupnya?

SENTIASA DILINDUNGI TIDAK KIRA DIMANA ANDA BERADA DENGAN HONG LEONG MSIG TAKAFUL TRAVEL PROTECTION

Kini, anda dah tak perlu bimbang tentang semua tu kerana dengan Hong Leong MSIG Travel Protection, bukan sahaja anda akan dilindungi, malah anda akan menikmati pelbagai kebaikan daripadanya!

Antara faedah yang anda akan perolehi dengan Hong Leong MSIG Travel Protection adalah:

  • Pampasan penuh apabila anda meninggal dunia akibat kemalangan
  • Wang tunai apabila anda hilang upaya akibat kemalangan
  • Perbelanjaan hospital dan pembedahan akibat kemalangan
  • Pembayaran balik untuk perbelanjaan perjalanan dan penginapan jika perjalanan dibatalkan disebabkan oleh kematian, kecederaan serius atau sakit
  • Pembayaran balik untuk perbelanjaan penginapan dan makanan akan ditanggung jika jadual penerbangan ditangguhkan sekurang-kurangnya 8 jam
  • Pembayaran balik sekiranya anda kehilangan bagasi dan barang persendirian
  • Pembayaran balik sekiranya bagasi anda lambat tiba dari masa yang sepatutnya
  • Pembayaran balik sekiranya anda kehilangan dokumen perjalanan disebabkan kecurian atau rompakan
  • Pembayaran balik untuk penginapan dan tanggungan kos perjalanan disebabkan oleh kegagalan perkhidmatan pengangkutan awam
  • Pampasan bagi kerugian atau kerosakan rumah akibat kebakaran atau kecurian sepanjang tempoh perjalanan anda
  • Liabiliti undang-undang kepada pihak ketiga bagi kecederaan dan/atau kehilangan atau kerosakan harta benda semasa perjalanan anda
  • Perubatan kecemasan, perpindahan perubatan dan perkhidmatan penghantaran balik

Haa..memang tak rugi langsung sekiranya anda mengambil Hong Leong MSIG Travel Protection ni sebab sangat banyak faedah yang ditawarkan.

Bukan itu sahaja, bagi anda yang beragama Islam pula, anda berpeluang menikmati manfaat tambahan seperti Badal Haji, Waqaf dan Korban di bawah faedah kematian dan kecacatan kekal. So, anda bolehlah fokus mengerjakan ibadah tanpa gangguan.

ANDA AKAN DAPAT LEBIH MANFAAT DENGAN PELAN TERM COVER 10!

Kalau anda nak tahu, pelan Term Cover 10 ni adalah pelan insuran untuk 10 tahun yang menyediakan perlindungan apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal akibat sebarang sebab.

Anda memang patut beli pelan Term Cover 10 ni kerana ia menyediakan perlindungan tulen premium bagi memenuhi keperluan anda yang ingin mempunyai perlindungan hayat asas dan mudah. Kalau nak akses dengan cepat dan senang, anda boleh akses saja melalui HLA Touch ni!

Selain itu, pelan ini juga direka bentuk dengan pilihan untuk memperbaharui atau menukar polisi (tertakluk terma dan syarat).

Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Hong Leong MSIG Travel Protection dan HLA Touch ini sekarang.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×