Dapur

Idea Untuk Masak Lauk Dan Sejuk Beku Dalam Peti Ais, Hanya Panaskan Bila Nak Makan

378
SHARES

Bila dah bekerja, mesti sibuk juga nak masak setiap pagi untuk sesiapa yang ada di rumah atau sebagai bekal untuk anak ke sekolah. Tapi, kalau setiap hari asyik beli lauk di luar dan hantar ke ibu atau sesiapa yang tinggal di rumah semasa kita keluar bekerja, bosan juga kan. Jadi, apa kata anda ‘frozen’ sahaja segala masakan yang sudah dimasak siap-siap pada malam hari dan bukan itu sahaja, anda boleh masak siap lauk untuk dua atau tiga hari akan datang! Macam mana tu? Jom kita tengok perkongsian ini.

http://skinnyms.com/

PERKONGSIAN MASAK ‘BEKAL’ UNTUK IBU DI RUMAH…

Ini cara saya masak untuk ibu. Frozenkan! Oleh kerana saya selalu tak dapat sediakan juadah tengahari (samada masak atau beli) kerana kerja, saya terpaksa guna inisiatif begini. Cari satu masa yang sesuai dan masak untuk bekalan satu minggu terus. Nahh! Kasi penuh icebox! Ibu pilih je nak makan lauk apa.

Mulanya ibu memang kurang setuju dengan cara ni tapi bila saya buat juga dan ajar dia cara penyediaannya, sekarang dia pulak senaraikan lauk untuk saya siapkan. 

Bukan ibu tak mampu masak sendiri lagi, tapi kesian tengok dia habiskan masa kat dapur dari muda sampai tua ni ..haiihh.. Sekarang banyak masa sikit untuk rehat sebab tak perlu ‘bersilat’ kat dapur hari- hari. Tinggal tumis sayur atau celur ulam jer. Dalam masa 3 setengah jam untuk siapkan semua ni. Jimat masa sesangatlah kalau nak dibandingkan setiap hari masuk dapur.  Cara ni juga bagus dan mudahkan untuk budget beli barangan basah. Beli barang ikut senarai sebab dah tau nak masak apa.

~Ayam black pepper~Kari tongkol~Lemak cili api ayam~Lemak cili api telur~Pindang selar~Asam pedas jenahak~Paprik ayam~Sambal sotong~ Sambal telur rebus~Masak kicap ayam~Tomyam seafood sayur~Taucu lemak jenahak~

IDEA UNTUK MASAKAN FROZEN. SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA!

Nampak menyelerakan kan?

www.facebook.com/groups

*Banyak betul lauk yang disediakan kan? Mudah saja, nanti letak dalam microwave sahaja untuk panaskan. Nak buat untuk bekal anak ke sekolah pun boleh.

Sumber: S Kamalinda Lynn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×