Famili

Ibu Vegetarian Sanggup Biarkan Anak Usia 18 Bulan Mati Kelaparan

42
SHARES

Seorang ibu vegetarian di Amerika Syarikat didapati bersalah kerana menyebabkan anak lelakinya yang berusia 18 bulan mati kelaparan disebabkan hanya memberinya makan sayur dan buah mentah sahaja.

Menurut laporan Daily Mail, Sheila O’Leary, 39 disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh hakim pada Rabu lalu berhubung pertuduhan penderaan kanak-kanak dalam kematian Ezra O’Leary pada September 2019.

Baca juga: Lelaki Sanggup Baling Adik Dengan Baldi, Curah Nenek Dengan Teh Suam

IBU VEGETARIAN SANGGUP BIARKAN ANAK USIA 18 BULAN MATI KELAPARAN

Sheila memberitahu dia dan suaminya, Ryan O’Leary mengamalkan diet vegatarian tetapi masih memberi susu kepada anak mereka. Mangsa dilaporkan tidak makan selama kira-kira seminggu dan meninggal dunia serta mengalami masalah kesukaran tidur.

Menurut ketua unit mangsa khas di Pejabat Peguam Negara, Francine Donnorummo,  si kecil itu tidak diberi makan dan dipaksa berlapar selama 18 bulan.

“Tertuduh membuat pilihan yang membunuh anaknya. Kebanggaannya (menjadi vegetarian) menyebabkan mangsa meninggal dunia. Ia adalah sikap cuai untuk nyawa manusia,” kata Donnorummo.

Berat Ezra hanya 7.7 kilogram (kg), 3.18 kg kurang daripada purata berat usianya ketika ibu bapa kanak-kanak itu mendapati mangsa telah berhenti bernafas.

Laporan bedah siasat mendapati Ezra meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan kekurangan zat makanan. Pendakwa raya menyatakan, Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk anaknya apabila menyedari bayi itu sakit.

Bukan itu sahaja, malah pasangan berkenaan turut mengabaikan tiga anak mereka yang berumur bawah 11 tahun.

Sumber: Daily Mail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×