Famili

Ibu Muda Maut Ketika Keluarkan Baju Dari Mesin Basuh Sedang Berputar

37
SHARES

Seorang ibu muda meninggal dunia secara tragis selepas dia mengalami renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju sewaktu mesin basuh sedang berputar, lapor Daily Star UK kelmarin.

Baca juga: Budak Lelaki 11 Tahun Mati Secara Tragis, Diliwat Empat Beradik Lelaki & Dijangkiti HIV

IBU MUDA MAUT KETIKA KELUARKAN BAJU DARI MESIN BASUH SEDANG BERPUTAR

Viviane Rodrigues meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba mengeluarkan baju daripada mesin basuh dengan menyangkakan ianya sudah berhenti berputar – Daily Star UK.

Mangsa, Viviane Rodrigues, menyangkakan mesin basuh itu telah berhenti berputar ketika ingin mengeluarkan beberapa pakaian dengan memasukkan tangannya ke dalam mesin tersebut.

Kejadian berlaku di rumahnya di Juazeiro, timur laut Brazil, sebelum mangsa segera dikejarkan ke hospital selepas mengalami kejutan elektrik.

Tetapi malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di unit kecemasan.

Gambar hiasan – Daily Star UK.

Selepas dibedah siasat, mayatnya telah dibawa ke komuniti luar bandar Gameleira do Di di perbandaran Campo Formoso, tempat keluarganya tinggal.

Dia dikebumikan di Gameleira do Di pada 16 Jun dan meninggalkan seorang suami bersama seorang anak lelaki berusia sembilan bulan.

Sumber: Daily Star UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×